Friday 29 July 2011

Korek Hidung Ketika Berpuasa

Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan.
Dalam hadis Laqit bin Shabirah: Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa. Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

No comments:

Post a Comment