Monday 30 April 2012

Rasa Bersalah Atas Dosa Itu Anugerah Taubat

 

Daripada benih ‘menyesal’ dan ‘rasa bersalah’ itu, Allah mahukan pohon taubat dari kita.
Mari sama-sama kita hayati pesanan dan bujukan dari Allah ini pada kita, makhlukNya. Dengan lemah lembut Allah berfirman, maksudnya:

Wahai Anak Adam!
Selagimana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi.

Wahai Anak Adam!
Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepadaKu, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi.

Wahai Anak Adam!
Sekiranya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemuiKu dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula.
(Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi. Dia mengatakan hadis ini Hasan Sahih)

Syarat-syarat Taubat Diterima di Sisi Allah
1. Menyesal bersungguh-sungguh terhadap dosa yang pernah dilakukan dan berazam untuk tidak kembali lagi melakukan dosa tersebut.
2. Memohon ampun walau sebesar mana dosa yang pernah dilakukan dengan penuh harapan agar Allah memaafkan.
Allah berjanji mengampunkan dosa-dosa melalui ayat 110 Surah al-Nisa’, maksudnya:
Sesiapa yang melakukan perkara buruk atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Allah berjanji mengabulkan doa melalui ayat 60, Surah Ghafir, maksudnya:
Allah telah berkata; Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doamu.

Syarat doa diperkenankan ialah dengan berdoa sepenuh hati.
Maksudnya:
Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin Allah akan memperkenankannya. Sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh.
(Hadis direkodkan oleh Imam al-Tirmizi)
3. Tauhid yang benar. Maksudnya akidah kita betul dengan mengesakan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah.
Taubat yang bersungguh dan doa yang penuh mengharap itu akan menyegarkan jiwamu semula. Pedulikan apa kata orang padamu. Apa yang penting Allah sangat luas rahmat dan keampunanNya.
Ingatilah, saat sakaratulmaut menjemput kita, Allah satu-satunya zat yang dapat menyelamatkan kita. Walau sejuta pujian atau sejuta kejian manusia terhadap kita sedikit pun tidak dapat membantu kita saat penuh debaran itu.
Pandanglah hari ini dan hari yang akan datang kerana Allah sudi mengampunkan dosa-dosamu. Selaklah lembaran ‘Surat Cinta Ilahi’ yakni al-Quran setiap hari. Di sana, akan kau temui siraman demi siraman kasih Allah padamu yang tidak bertepi.
Akhir kata, Allah yang Maha Mengetahui tahu bahawa akan ada saat-saat manusia dihambat rasa putus asa dan lemah semangat. Justeru awal-awal lagi Allah rakamkan dalam al-Quran ayat 53 hingga ayat 54 Surah al-Zumar,
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ayat 53)
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah sepenuh hati kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan lagi. (Ayat 54)
Serta turutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu (yakni al-Quran sebagai panduan hidup), sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedangkan kamu tidak menyedarinya.
(Ayat 55)

Saturday 28 April 2012

CARA MENGATASI SIFAT JAHILIAH DI ZAMAN ERA SAINS & TEKNOLOGI

1) PERANAN INDIVIDU
Hanya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar,setiap individu Muslim mampu
menghapuskan sifat Jahiliah yang membelenggu diri mereka.Contohilah sikap
para sahabat yang bersungguh-sungguh menghapuskan sifat Jahiliah dalam diri mereka.
Jangan sekadar seperti '' MELEPASKAN BATUK DI TANGGA "

2) PERANAN IBU BAPA/ GURU
Ibu Bapa perlu memberi & menekankan pendidikan Agama yang sempurna
kepada anak2 sejak dari awal kanak2 lagi & di samping itu memberikan contoh
sahsiah diri yang baik supaya Ibu Bapa dijadikan juga role model oleh anak2
agar anak2 sentiasa komited dengan aqidah,syariat dan Akhlak Islam yang
mereka tanam sejak dari awal kanak2 lagi.
Manakala Guru, hendaklah bukan sahaja mengajar,tetapi mendidik anak2 agar
agar jiwa mereka lebih bersih dan terdidik dengan jiwa Mukmin,Insya Allah.

3) PERANAN MASYARAKAT
Masyarakat perlu peka dengan keadaan anak2 mereka & jiran sekeliling.Amalkan
sikap tegur menegur,sekiranya melihat sesuatu kepincangan ,tetapi tergurlah
secara baik & berhikmah,Buanglah sifat ..'' AKU...AKU...KAU...KAU...Wujudkan
sikap KEKITAAN dalam masyarakat.
4) PERANAN MEDIA MASSA
Media Massa hendaklah juga menyumbang sesuatu untuk ISLAM,tanpa memikir
kan POPULARITI & KEUNTUNGAN SEMATA2..Carilah juga saham AKHIRAT,Insya
Allah,pasti lebih BARAKAH..
5) PERANAN PEMERINTAH
Pemerintah berperanan penting untuk menentukan tahap penguatkuasaan
sesuatu PERATURAN terutamanya untuk membanteras pengaruh Jahiliah yang
semakin berleluasa. Sabda Rasulullah,mafhumnya " DAN APABILA PEMIMPIN2
TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN,
DAN TIDAK MENJADIKANNYA PILIHAN,MAKA PADA SAAT ITU ,ALLAH AKAN JADI
KAN PEPERANGAN DALAM KALANGAN MEREKA SENDIRI ''( riwayat Ibnu Majah)

************************************************************ Jom kita sama2, memainkan peranan kita masing2 untu menentang sifat Jahiliah yang cuba membelenggu jiwa,supaya ia tidak terus merebak dalam HATI & MINDA kita...
DIPETIK DARI TULISAN: ( MOHD AZRUL AZLEN ABD HAMID) ** SOLUSI 37

Peringatan kepada semua muslimah




Dari kanan:

Syeikh Sayyid Ahmad Al-Maliki (Mekah), Habib Ali Al-Jufri (Yaman), Habib Hassan Al-Attas (Singapura), Syeikh Muhammad Fuad Al-Maliki (Malaysia), Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari (Indonesia), Syeikh Hamzah Yusuf (Amerika Syarikat), Syeikh Afeefuddin Al-Jilani (Iraq), Habib Umar Ben Hafiz (Yaman).

Friday 27 April 2012

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.


4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.


5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.


6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.


7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.


8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!


Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Thursday 26 April 2012

Bersih Hati : "Sujud Mohon"




2 Perkara Yang Berbeza. Maksudnya mendalam.. Perkara yang sia-sia tak kemana..... Pilihlah pilihan anda!


Apa yang pasti, "Sujud Sehingga Terasa Allah Dekat Dengan Hati"



copy paste
share.......~~!!

Sunday 22 April 2012

KEHEBATAN RASULLULAH MENDIDIK ANAK-ANAKNYA


HEBATNYA RASULULLAH SAW MENDIDIK PUTERINYA FATIMAH AZ ZAHRA.....SUPAYA TIDAK BERMEWAH.....DAN LUPA DIRI......WALAUPUN DIRINYA ANAK SEORANG NABI...DAN PEMIMPIN YANG TERTINGGI.......

Saiyyidina Ali bin Abi Thalib Karamallahu wajhahu... merupakan menantu kesayangan Nabi saw dan isterinya, Fatimah Az-Zahra pula merupakan puteri kesayangan Nabi saw..jika diikutkan budaya dan trend masyarakat moden hari ini maka kedudukan mereka sebagai anak dan menantu kepada Nabi saw seorang pemimipin.... seseorang yang berkuasa..yang memegang pemerintahan...yang memegang kekayaan negara sudah pasti mereka berdua hidup di dalam kemewahan dengan harta yang berlimpah.

Namun perkara itu tidak berlaku..kepada puteri dan menantu Nabi saw...apabila ada riwayat yang menyatakan bahawa mereka berdua hidup di dalam serba kesederhanaan...dan adakalanya berlapar perut kerana ketiadaan makanan.

Imam At-Tabari di dalam kitabnya Al-Ausad ada meriwayatkan suatu hadis :

قال عمران: فرأيت صفرة قد ظهرت على وجهها، وذهب الدم، فبسط رسول الله صلى الله عليه وسلم
بين أصابعه ثم وضع كفه بين ثدييها، فرفع رأسه فقال ﴿الله مشبع الجوعة، وقاضى الحاجة، ورافع الوضيعة، لا تجع فاطمة بنت محمد﴾.
فرأيت صفرة الجوع قد ذهبت عن وجهها، وظهر الدم، ثم سألتها بعد، فقالت ﴿ما جعت بعد ذلك أبدا﴾رواه الطبرانى فى الأوسط

Ertinya:

Menurut cerita Imran bin Husain, Pernah satu hari, Fatimah r.anha muncul di hadapan Rasulullah dengan wajah kekuning-kuningan dan pucat akibat kelaparan. Rasulullah lalu berkata, “Mari ke mari mendekati aku..wahai Fatimah.”
Kemudian Baginda saw berdoa, “Ya Allah yang mengenyangkan orang yang lapar dan mengangkat orang yang jatuh, janganlah engkau laparkan Fatimah binti Muhammad.”

Imran kemudian menyatakan, “Darah tampak kembali di wajahnya dan hilanglah kekuning-kuningannya. ..dan pucat di wajahnya”

Begitulah keadaan puteri nabi saw yang merasa lapar kerana menjaga dirinya agar tidak mengambil hak yang bukan miliknya....kerana sifat kenyang itu...selalunya melupakan kita dengan Allah...lantaran nafsu yang membiak dengan makanan yang lazat dan mewah.

Di dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani..dengan sanadnya datang daripada Saidina Hussin daripada Fatimah r.anha

وروى الطبرانى بسند حسين عن فاطمة أن النبى صلى الله عليه وسلم أتاها يوما فقال ﴿أين ابناى?﴾يعنى الحسن والحسين، قالت: أصبحنا وليس فى بيتنا شئ يذوقه ذائق فقال على: أذهب بهما؛ فإنى أخاف أن يبكيا عليك وليس عندك شئ! فذهب بهما إلى فلان اليهودى، فتوجه إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فوجدهما فى سربه بين يديهما فضل من تمر.
فقال يا على: ألا تنقلب بابنى قبل الحر?! قال: أصبحنا وليس عندنا شئ، فلو جلست يا رسول الله حتى أجمع لفاطمة بعض تمرات، فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى اجتمع لفاطمة شئ من تمر، فجعله فى حجره، ثم أقبل فحمل النبى صلى الله عليه وسلم أحدهما، وحمل على الآخر حتى أقبلها
Ertinya:

Suatu hari Rasulullah saw datang mengunjungi Fatimah, dan mencari cucu-cucunya...lalu baginda bertanya:

Di mana cucu-cucuku?

Saiyidatina Fatimah menjawab,

“Pagi ini tidak ada sesuatu di rumah kami yang dapat dimakan, sehinggakan Ali mengatakan,’Saya akan pergi dengan Hassan dan Hussin ke rumah seorang Yahudi.”(untuk mengambil upah menceduk air..dan bayarannya satu cebok air sebiji kurma)kerana aku takut sekiranya anak- anak kita ini menangis sedangkan tiada apa yang boleh kita berikan untuk mereka makan.

Rasulullah kemudian menyusul mereka dan melihat kedua cucunya sedang bermain dengan sisa kurma. Rasulullah saw bertanya,

“Wahai Ali, mengapa engkau tidak menyuruh kedua cucuku ini pulang sebelum mereka kepanasan?”

Saiyyidina Ali menjawab,

“Pagi ini tak ada sesuatu pun yang boleh kami makan di rumah. Bagaimana jika engkau duduk dulu, wahai Rasulullah, sehingga selesai kerjaku dan aku dapat mengumpulkan buah tamar hasil dari upahku mengangkat air untuk diberikan kepada Fatimah?”

Begitulah yang dilakukan Ali bin Abi Thalib, pejuang Islam yang perkasa...menantu kepada pemimpin yang berkuasa.... Ia tidak merasa segan menimba air untuk seorang Yahudi, dimana untuk setiap timba ia akan mendapat sebutir kurma. Setelah terkumpul buah kurma yang mencukupi untuk dia dan keluarganya, dia pun pulang ke rumah.

Saidina Ali r.a menantu kesayangan Nabi saw ...mungkin boleh meminta daripada nabi saw agar ayah mertuanya iaitu Nabi saw memberikannya kekayaan....dari sumber Negara.....mungkin dari harta baitul mal.....atau apa sahaja peluang dan ruang yang boleh digunakan sementelah kedudukannya yang rapat dengan Nabi saw.....namun peluang itu...tidak digunakan oleh Saiyidna Ali kerana beliau seorang sahabat dan menantu nabi saw yang beriman dan bertaqwa...tidak mungkin baginya membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah dengan mengambil harta yang bukan haknya.

Imam Al-Ghazali pula ada meriwayatkan tentang suatu kisah di mana
suatu hari Rasulullah pergi bermusafir. Di saat itu pula...Saiyidina Ali r.a baru mendapat ghanimah (harta rampasan perang), lalu membawanya kepada Saiyidatina Fatimah.

Harta rampasan perang itu memang menjadi hak Saiyidina Ali sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam maka Saiyidina Ali telah memberikan dua gelang perak kepada isterinya yang tercinta itu,begitu juga Saiyidatina Fatimah menggantungkan kain tirai hasil rampasan perang di atas daun pintu rumah mereka.

Apabila Nabi saw pulang dari musafirnya dan memang menjadi salah satu kebiasaan Rasulullah ketika pulang daripada musafirnya adalah...Baginda saw selalu singgah ke rumah puterinya yang tercinta...Saiyidatina Fatimah .

Apabila Baginda saw melihat di kedua pergelangan tangan Fatimah puterinya itu dua utas gelang perak... Baginda saw merasa kurang senang lalu keluar meninggalkan rumah puterinya itu.

Saiyidatina Fatimah yang menyedari gelagat ayahnya itu menangis teresak-esak kerana yakin yang dirinya yang telah menyakiti perasaan ayahandanya yang amat tercinta itu.. Lalu Saiyidatina Fatimah pun memanggil Hasan dan Husein. Diberikannya kepada mereka gelang perak dan tirai baru yang didapatinya dari Saiyidina Ali, lalu disuruh kepada kedua puteranya untuk menyampaikannya kepada Rasulullah saw

Fatimah Az-Zahra berpesan, “Pergilah kalian ke tempat ayahku, ucapkan salam kepadanya dan katakan kepadanya, ’Kami tidak akan melakukannya lagi, dan ini kami serahkan kepadamu.”

Apabila Rasulullah saw menerima pesanan tersebut, ia pun mencium kedua cucunya, memeluk mereka, lalu mendudukkan mereka masing-masing di atas pahanya.

Lalu gelang perak itu dibahagi-bahagikan kepada sekelompok Muhajirin yang tak punya tempat tinggal dan harta.

Sedangkan tirai itu pula dibahagikan kepada rakyat Nabi saw lantaran ada diantara mereka yang tidak berpakaian.

Kemudian Rasulullah berdoa, “Allah mengasihi puteriku Fatimah. Sungguh Allah akan memberikan kepadanya pakaian syurga dengan sebab tirai ini, dan akan memberinya perhiasan syurga dengan sebab kedua gelang ini.

Begitulah hebatnya Nabi saw mendidik puterinya dan menantu baginda...agar tidak menginginkan kekayaan dan kemewahan....dengan kuasa dan pangkat yang diberikan oleh Allah taala.....jangan disalah gunakan untuk mengumpul kekayaan di atas penderitaan rakyat yang miskin dan berkaki ayam serta tidak berpakaian.

“Ke arah Negara Islam yang berkebajikan”

Tuesday 17 April 2012

Menjadi wanita solehah !!!!!!

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.

Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.

Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!


Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Tuesday 10 April 2012

Masihkah dia isteriku di akhirat kelak?


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda:”Tiada si bujang di dalam syurga” ~ (HR Muslim).Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak b’kahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

Saturday 7 April 2012

Yang Manakah Lebih Cantik ?? Dalaman ?? Luaran ??

Cantik BUKAN hanya pada paras rupa, elegan bergaya tetapi cantik lebih adalah daripada itu :

- AKHLAK yang yang indah..
- BUDI yang mulia..
- KESOPANAN yang dijaga..
- AGAMA di dada..
- AURAT dijaga..
- SYARIAT diikut setia..
- ALLAH yang paling didamba...

Cantik DALAMAN adalah cantik dari segala-gala...
Biar tidak cantik pada pandangan manusia-manusia BUTA..yang penting tampak cantik pada pandangan PENCIPTA..
Cantik manusia tidak kekal lama..tetapi cantiknya "IMAN" di dada membawa ke syurga...

Wednesday 4 April 2012

PUASA SUNAT (ISNIN DAN KHAMIS)


Apakah dalilnya disunatkan berpuasa hari Isnin dan Khamis?

Pertama: diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Ketiga: Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Ayuh sahabat sekalian, marilah kita hidupkan sunnah. Siapakah lagi yang layak untuk menghidupkannya kalau bukan kita. Bukankah kita umat kesayangan Baginda s.a.w.?

Sanggul Tinggi ??





Tajuk agak 'Panas' hari ni ...saya akan terangkan serba sikit tentang sanggul tinggi....mari kita baca ...


REALITI UMAT AKHIR ZAMAN.. MasyaALLAH.. Mengapa?? Walaupun kita tahu hadis Nabi akan SANGGUL yang TINGGI ni, namun masih kita tetap melakukannya.. Mengapa dan mengapa ?? Cantik ke sanggul ni ?? Nak dapat perhatian yang bukan mahram ke? masyaALLAH, mengucap ...HENTIKAN SANGGUL!!.Mungkin berasa ''yakin'' apabila menyanggulnya.. La Ba'sa ayuh kita baca pengertian tabarruj di sini.. Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yg mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Pendapat lain pula mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup. Firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu & jgnlah kamu berhias & bertingkahlaku (tabarruj) spt org2 jahiliah dahulu." [Al-Ahzab:33] p/s:ISLAM melarang sesuatu ada KEBAIKANNYA bukannya untuk menyekat sesuatu yang umatnya suka..waallahulam.

Aurat

Nabi s.a.w bersabda :"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan cium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menjadi Muslimah Sejati Sepanjang Hayat




1. PENAMPILAN - Sentiasa menampilkan diri sebagai sebagai wanita Islam walau di mana pun berada. Sentiasa tunjukkan imej wanita Islam yang tahu menjaga maruah diri.

2. PERCAKAPAN - Percakapan dan tutur kata yang lembut dan bersopan hendaklah sentiasa diamalkan. (Bercakap hanya untuk perkara yang perlu sahaja, jangan membiasakan diri bercakap hal-hal yang remeh dan yang tidak membawa manfaat kepada diri sendiri dan orang2 lain. Kawal diri daripada terlibat dalam "sesi" mengumpat dan memfitnah orang lain.)

3. PERBUATAN - Menjaga perbuatan dan tingkah laku pada setiap masa. Menjaga pandangan - Menundukkan pandangan pada hal-hal yang boleh membawa kemungkaran.