Friday 29 July 2011

Adakah Telan Air Liur Membatalkan Puasa?

Adakah jumhur ulama mengatakan batal puasa menelan air liur? Apakah yang dimaksudkan dengan air liur di antara bibir? Adakah kedudukannya di celah bibir atau macam mana. Air liur yang diludah akan tertarik balik dan berkeadaan diantara bibir, pasti ianya akan masuk balik..
Bagaimana pula  dengan hingus atau kahak? Air liur/ kahak / hingus yang diludah, biasanya akan masuk ke dalam hidung dalam bentuk renjisan. Apa perlu kita buat?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Syarak telah menetapkan hukum makan dan minum pada ketika puasa adalah dilarang. Maka perbuatan sengaja menelan apa-apa benda luaran juga tidak dibenarkan. Tetapi tidak perlu dibangkitkan permasalahan-permasalahan seperti air liur atas bibir jika masuk ke dalam balik, renjisan hingus masuk hidung balik, kerana perkara-perkara ini tidak diperincikan oleh syarak.


Sebab-Sebabnya:
- Apa-apa yang syarak senyap tentangnya, maka ia adalah kemaafan.
- Perkara-perkara tersebut jika hendak dijaga, pasti memabawa masyaqqah. Contohnya, jika berkumur ketika puasa, sudah pasti lebihan air kumuran akan tertinggal dalam mulut, akhirnya boleh jadi masuk dalam rongga. Ini adalah masyaqqah yang dimaafkan.
- Menimbulkan persoalan ini akan membawa kepada penyakit was-was.

Wallahu A’lam

No comments:

Post a Comment