Friday 8 July 2011

DOA DIJAUHI API NERAKA


SESUNGGUHNYA ramai yang sudah mengetahui bahawa api neraka adalah tempat yang sukar digambarkan dengan penilaian kotak pemikiran manusia hari ini.

Walaupun ianya sukar digambarkan dengan lebih mendalam cukuplah sekadar tempiasnya sudah menyatakan bahawa api neraka adalah tempat untuk golongan kafir yang cukup perit apabila menjadi penghuninya.

Jika soalan “Adakah sekiranya kamu berminat untuk menghuni tempat sebegini? Maka umat manusia terutamanya umat Islam sudah semestinya menjawab ‘Tidak sama sekali.” Jadi, perbanyakanlah amalan supaya kita tidak terjebak dengan perkara yang mendorong kita ke neraka.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Muslim dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ucapkanlah: " Aku berlindung kepada Allah dari seksa neraka dan dari seksa kubur, fitnah kehidupan, fitnah kematian dan fitnah Dajjal."

Sesiapa yang meminta perlindungan dari api neraka sebanyak tujuh kali, maka neraka pun berkata: " Ya Allah selamatkanlah orang ini daripada azabku."

Dalam sebuah hadis juga disebutkan bahawa Al-Harith bin Muslim berkata: " Tentu wahai Rasulullah." Maka beliau bersabda:
"Apabila engkau telah selesai solat subuh maka bacalah: " Ya Allah ya Tuhanku selamatkanlah aku dari neraka," sebanyak tujuh kali. Dan apabila engkau telah selesai solat maghrib maka bacalah: " Ya Allah ya Tuhanku selamatkanlah aku dari neraka," sebanyak tujuh kali."

No comments:

Post a Comment