Friday 28 October 2011

‎7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

7 perkara tak boleh diubah dalam hidup

DIRI SESEORANG SUDAH DITENTUKAN ALLAH SEJAK LAHIR. -Gambar hiasan
Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu :


  • Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.

  • Orang tua
kamu mesti menghormati ibu bapa apa carasekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! Jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.

  • Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.

  • Bentuk fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengudah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.

  • Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru, 'berdamailah' dengan masa lalu demi membina masa depan.

  • Kedudukan dalam keluarga 
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terima seadanya.

  • Suku bangsa 
Jangan sekali menyesali menjadi orang melayu, Jawa atau cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah cara adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.

Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaraya:

  • Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.

  • Lakukan peubahan perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

  • Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan tangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.

  • Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

  • Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.


Thursday 27 October 2011

Selamat datang Bulan Zulhijjah


Banyak hadis yang menceritakan mengenai kelebihan bulan Zulhijjah antaranya, daripada Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar bahawa Baginda SAW bersabda: “Tiada satu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).” 
Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini, umat Islam dianjur melakukan pelbagai amalan antaranya: 

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. 

2. Berpuasa pada hari berkenaan atau sekadar kemampuan terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Puasa pada hari Arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun lalu dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim) 

3. Memperbanyakkan takbir dan berzikir. 

4. Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. 

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti 
solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya.

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat haji, disunatkan bertakbir bermula dari waktu Subuh hari raya dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari 13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban iaitu menyembelih haiwan ternakan pada hari raya haji dan hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

CARA MENGATASI SIFAT JAHILIAH DI ZAMAN ERA SAINS & TEKNOLOGI



1) PERANAN INDIVIDU
Hanya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar,setiap individu Muslim mampu
menghapuskan sifat Jahiliah yang membelenggu diri mereka.Contohilah sikap
para sahabat yang bersungguh-sungguh menghapuskan sifat Jahiliah dalam diri mereka.
Jangan sekadar seperti '' MELEPASKAN BATUK DI TANGGA "

2) PERANAN IBU BAPA/ GURU
Ibu Bapa perlu memberi & menekankan pendidikan Agama yang sempurna
kepada anak-anak sejak dari awal kanak-kanak lagi & di samping itu memberikan contoh
sahsiah diri yang baik supaya Ibu Bapa dijadikan juga role model oleh anak-anak
agar anak-anak sentiasa komited dengan aqidah,syariat dan Akhlak Islam yang
mereka tanam sejak dari awal kanak-kanak lagi.
Manakala Guru, hendaklah bukan sahaja mengajar,tetapi mendidik anak-anak agar
agar jiwa mereka lebih bersih dan terdidik dengan jiwa Mukmin,Insya Allah.

3) PERANAN MASYARAKAT
Masyarakat perlu peka dengan keadaan anak-anak mereka & jiran sekeliling.Amalkan
sikap tegur menegur,sekiranya melihat sesuatu kepincangan ,tetapi tergurlah
secara baik & berhikmah,Buanglah sifat ..'' AKU...AKU...KAU...KAU...Wujudkan
sikap KEKITAAN dalam masyarakat.

4) PERANAN MEDIA MASSA
Media Massa hendaklah juga menyumbang sesuatu untuk ISLAM,tanpa memikir
kan POPULARITI & KEUNTUNGAN SEMATA-MATA..Carilah juga saham AKHIRAT,Insya
Allah,pasti lebih BARAKAH..
5) PERANAN PEMERINTAH
Pemerintah berperanan penting untuk menentukan tahap penguatkuasaan
sesuatu PERATURAN terutamanya untuk membanteras pengaruh Jahiliah yang
semakin berleluasa. Sabda Rasulullah,mafhumnya " DAN APABILA PEMIMPIN-PEMIMPIN
TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN,
DAN TIDAK MENJADIKANNYA PILIHAN,MAKA PADA SAAT ITU ,ALLAH AKAN JADI
KAN PEPERANGAN DALAM KALANGAN MEREKA SENDIRI ''( riwayat Ibnu Majah)

Jom kita sama-sa,a, memainkan peranan kita masing-masing untuk menentang sifat Jahiliah yang cuba membelenggu jiwa,supaya ia tidak terus merebak dalam HATI & MINDA kita...
DIPETIK DARI TULISAN: ( MOHD AZRUL AZLEN ABD HAMID) ** SOLUSI 37

KIAMAT




✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday 26 October 2011

Menjinak Bongkak Dalam Diam




Bongkak dan takbur. Satu kata. Satu perkataan yang mana ia akan membawa kepada kehancuran.

Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu". (Al-A'raaf 7:48) |

Hujan turun dengan renyai, datang Tok Ayah menegur.

“Kamu tidak perlu bongkak dan angkuh. Sebab semua ini rahmat Allah. Jangan kerana nama diri kamu dan keluarga kamu terus nakkan nama lalu tersungkur tanpa kata. Da’ie tidak perlu makan hati, da’ie perlukan kekuatan dalam jiwa.”

Aku tergaruk-garuk pening.

 “ Kenapa tok ayah cakap macam ni?”

“ Kau dengar sekarang ni?”

“ dengar yang macam mana tok?”

“ Kau dengar tidak akan bunyi rintik hujan yang jatuh ke bumi ni? “

Aku bertmabah pelik, apa kaitan da’ie, hujan dan sombong?

“ Da’ie selalu berkata, ah. Ini aku punya, itu aku punya sedangkan rahmat Allah ini adalah milik Dia yang maha pencipta.
Tidak perlu Sang Pencipta turun ke hati kita. Untuk melembutkan hati-hati kita.”

“ tidak perlu pula sang hujan memberitahu kepada kita, semua yang berada di atas akan jatuh jua ke bumi andai rasa megah. Tidak perlu jua sang hujan membertiahu akan keEsaan-Nya.”

Sampai sekarang aku tidak memahami maksud arwah Tok Ayah. Tapi yang aku faham dari firman Allah:

Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur. (Al-Nahl 16:23)

Tuesday 25 October 2011

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha untuk mendapatkannya ~


1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

Solat atau Sembahyang ?




Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya,
istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
“Syirik.”

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
“Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah”
dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa – dewa yang disembah oleh
penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai
“menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr
Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada
“menyembah dewa yang bernama Hyang.”

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai
“Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
“menyembah dewa bernama Hyang.”

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. “nak, bangun!. pergi “Sembahyang Subuh,”
kepada “nak, bangun!. Pergi “Solat Subuh.” Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa
berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. InsyaAllah....

Rahsia Sujud Kepada Allah




"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.
"Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" 
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. '
 Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. 
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
 Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
 * Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari. 
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam "Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

Sunday 23 October 2011

Petronas Deepavali Ad 2011

Petronas Deepavali Ad 2011: The journey to creating a better life, begins within us.It's the passion and determination to pursue something worthwhile.It's the dedication and effort to toil through challenges in our lives that ultimately makes our lives better.This commercial embodies that spirit, of the hardships and work that we put into providing for our loved ones.It's the mutual feeling of togetherness and the unbreakable human spirit that drives us to do our best.This is the light within all of us.May that light continue to burn bright.Happy Deepavali.

‎10 LALUAN YANG BAKAL DILALUI MANUSIA DARI DUNIA HINGGALAH KE AKHIRAT DAN BAGAIMANA UNTUK MEMPERMUDAHKANNYA ?

1. Laluan Menuju ke Kubur * Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji * Hindarkan perasaan irihati (benci) * Jangan terpengaruh dengan emas/ perak * Sucikan qada' hajat dgn istibra (berak/ kencing)
2. Laluan untuk Berjumpa Izrail * Bersihkan diri dengan bertaubat * Gembirakan hati orang mukmin * Bayar semula qada' yang tertinggal * Kasih sepenuh hati kepada Allah
3. Laluan untuk bertemu Mungkar Nakir * Mengucap dua kalimah syahadah * Suka memberi sedekah * Berkata benar * Bersihkan dan perbaiki hati
4. Laluan untuk Memberatkan Timbangan * Belajar @ mengajar ilmu yg bermanfaat * Sucikan perkataan & pakaian * Bersyukur dengan yang sedikit * Suka & redha dengan yang didatangkan oleh Allah
5. Laluan Memantapkan Amalan * Jauhkan perkataan yang sia-sia * Pendekkan cita-cita dunia * Banyakkan puji-pujian kepada Allah * Banyakkan sedekah
6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim * Kasihilah Allah * Berbaktilah kepada kedua ibubapa * Berpegang teguh dengan hukum syarak * Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
7. Laluan Menjauhkan Diri dari Neraka * Banyakkan membaca al-Quran * Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu * Tinggalkan perkara maksiat * Jauhkan segala yang haram
8. Laluan untuk Memasuki Syurga * Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh * Kasihi orang yang soleh * Kerjakan segala suruhan Allah * Merendahkah diri di antara semua makhluk Allah
9. Laluan Berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW * Kasihilah Nabi Allah * Kasihilah Rasulullah SAW * Tuntutilah yang difardhukan oleh Allah * Banyakkan selawat Nabi Muhammad SAW
10. Laluan untuk Bertemu Allah * Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah * Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah * Betulkan & baikkan i'tiqad kepada Allah * Bencikan segala yang diharamkan

Thursday 6 October 2011

‎10 kunci kejayaan dunia dan akhirat




1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.

Monday 3 October 2011

Balasan Meninggalkan Solat


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

      Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" 
              Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

                        Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1
Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang                 berjamaah. 
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Saturday 1 October 2011

TANGISAN KAUM WANITA



Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?.


Jawabnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
... ... ... KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
"WANITA..KAMU ISTIMEWA"