Tuesday 5 June 2012

Doa Murah Rezeki dan Panjang Umur.(dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA)

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.

Maksudnya: "Ya Allah, banyakkanlah hartanya, anaknya dan berkatilah apa yang engkau kurniakan padanya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesan daripada doa tersebut, Allah telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.” Subhanallah.

Sunday 13 May 2012

Perbetul niat terlebih dulu dalam raikan Hari Ibu




KEDUDUKAN ibu sangat mulia di sisi Islam. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh ibu demi membesarkan anak seperti mengandung sembilan bulan, bertarung nyawa melahirkan anak, berjaga malam menjaga anak yang sakit dan memenuhi apa saja kehendak anak.

Pengorbanan ibu kepada anak itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit dan kemewahan semata-mata. Oleh itu, wajib anak berbuat baik dan berbakti kepada ibu mereka terutama selepas meningkat dewasa dan bukannya menjadi anak yang ‘seperti kacang lupakan kulit’.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Lukman, ayat 14)
Hari Ibu yang diraikan pada Ahad minggu kedua Mei setiap tahun kini menjadi aktiviti kekeluargaan termasuk masyarakat di Malaysia. Namun, timbul persoalan apakah hukum meraikan Hari Ibu kerana ulama berselisih pandangan mengenainya.

Ada ulama mengharamkan sambutan ini kerana dikatakan bersifat bid’ah dalam agama dan meniru budaya barat. Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati orang tua mereka.

Umumnya kita tahu masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Di sini, ditakuti orang Islam mengikut budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam meraikannya.
Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail, berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat.

Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.

Manakala jika adat ini lahir daripada perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.

Jika dilihat dari segi keharusan sambutan ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang syariat.

Sambutan Hari Ibu adalah tanda pengiktirafan anak terhadap pengorbanan ibu kepada mereka dan sambutan yang dianjurkan bertujuan membahagiakan ibu. Hari Ibu juga menjadi wasilah untuk merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa serta mengeratkan hubungan sesama adik-beradik.

Sebagai hari istimewa, semua ahli keluarga berkumpul dan dari situ terbitlah ikatan yang sejati dan melahirkan suasana penuh kasih sayang, saling mencintai antara satu sama lain.

Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan kenyataan berkenaan sambutan Hari Ibu yang dianjurkan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir.

Di samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjemaah bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.

Oleh itu, penting bagi masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.

Saturday 12 May 2012

akibat meninggalkan solat dan melewatkan solat




Melewat-lewatkan solat ni, umpama meringankan solat lah. Tau ke korang siksa orang yang tinggalkan and ringankan solat ni?

Kalau kita tinggalkan and ringankan solat, Allah balas dengan 15 seksa:

6 seksa kat dunia
3 seksa masa nak mati
3 seksa dalam kubur
3 seksa masa hari kiamat


Apa dia seksa-sekasa tu?
6 seksa kat dunia


1. Hilang berkat hidup. Sia-sia aje hidup. Kalau kita kaya sekalipon, kekayaan kita sia-sia, kosong. Umur kita tak berkat mean tak bagi apa-apa manfaat dalam hidup kita
2. Allah S.W.T hapuskan tanda orang soleh kat muka kita.
3. Semua benda baik yang kita buat, Allah tak bagi pahala, even sembahyang, puasa, sedekah ke semua tak dapat pahala.
4. Doa kita tak di makbulkan.
5. Batin munafik, semua makhluk kat dunia ni benci and marah kat kita. Tidak di akui golongan islam.
6. Kita tak termasuk golongan orang soleh. Rezeki tak berkat, terbuang, sia-sia. Kalau kita kaya sekalipon, kekayaan tu jadi laknat kat kita.

3 seksa masa nak mati.

1. Mati sehina-hinanya. Roh kita dicabut dgn bengis tanpa belas kasihan.
2. Mati dalam kelaparan
3. Mati dalam kehausan.

3 seksa masa dalam kubur.
1. Kubur jadi sempit sampai berselisih tulang rusuk kita. Kubur kita gelap.
2. Kita di azabkan dgn api neraka. Berbalik-balik kat atas bara api neraka tu siang and malam.
3. Kita di datangi ular Sajahul ikrak. Mata ular ni dari api. Kuku dia dari besi. Panjang kuku dia pulak kira- kira satu hari perjalanan. Suara dia macam guruh.
Ular ni akan dating kat kita sambil cakap

“ Akulah Sajahul igrak yang di suruh oleh Tuhanku memukul sekiranya simati meninggalkan sembahyang Subuh hingga ke Zohor, Zohor hingga ke Asar,dari Asar hingga ke Mangrib, Maghrib hingga ke isyak.”

Macam tu lah terus-terus sampai hari kiamat.
Tiap kali kena pukul, kita tenggelam 70 hasta masuk dalam bumi. Lepas tu dia cungkil kita balik pakai kuku dia. Kita di pukul ulang-ulang kali tak benti-benti sampai hari kiamat.

Menurut riwayat Ibnu Abas (r.a) berkata aku dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Bermula orang meninggalkan sembahyang itu tidaklah ia golongan Islam, Allah subhanahu wata’ala tidak terima tauhidnya dan imannya dan tidak ada faedah sedekahnya, puasanya dan zakatnya dan sedekahnya walaupun ia boleh mengucap.


3 seksa masa hari kiamat.

1. Kita kena halau malaikat azab ke neraka jahanam.
2. Allah pandang kita dengan murka. Kita di hisab dengan berat sampai jatuh daging muka kita.
3. Allah hisab kita dengan kiraan yang halus lepas tu di hantar ke neraka (seburuk-buruk tempat kediaman)

15 Sebab Mengapakah Allah Menurunkan Bala




Daripada Saidina Ali bin Abi Thalib r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :


1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.

"..Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat."

Saturday 5 May 2012

KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)


Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah s.w.t. menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.
Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda. Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah s.w.t. yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah s.w.t. sebaik sahaja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah s.w.t.
Apabila agama Islam datang, Allah s.w.t. mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

Yang dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukan kubur Nabi Ibrahim.
Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27).

Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah s.w.t., "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana." Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah s.w.t. menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, "Aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah." Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya menunaikan haji.

Kalau kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia sahaja haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Dan ini adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam-macam maksiat. Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah s.w.t. sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.