Sunday 26 June 2011

IKTIBAR PERISTIWA ISYAK DAN MIKRAJ

NABI MUHAMMAD MENYAKSIKAN HUKUMAN DIDERITAI MANUSIA UNTUK DOSA MEREKA


MASJID AL-AQSA DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI BAITULMAQDIS IAITU KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM SEBELUM DIPINDAHKAN KE KAABAH

Pada 27 Rejab tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah s.a.w dan dua tahun sebelum berlakunya hijrah Nabi Muhammad ke Madinah Munawwarah berlaku suatu peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.


Ia bukti penting terhadap kekuasaan, kebesaran dan kehebatan ALLAH s.w.t Israk membawa makna perjalanan Nabi Muhammad pada malam hari dengan menaiki BURAQ bermula dari masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis.


Selepas Baginda menceritakan apa yang terjadi padanya kepada masyarakat, orang kafir terus mengejek dan mendustakan Baginda.


Namun, mereka yang membenarkan Baginda, tetap utuh seperti Saidina Abu Bakar.
''Jika Baginda mengatakan bahawa Baginda diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya,''katanya.



Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Saidina Abu Bakar dalam mempercayai ALLAH dan Rasul-Nya sehingga beliau as-Siddiq.


Selepas Rasullulah s.a.w menegaskan Baginda diisrakkan ALLAH maka ada seorang yang meminta Baginda mengangkat kaki kanannya lalu Baginda terus melakukannya.
orang itu menyuruh Nabi Muhamma mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu Baginda menyatakan bahawa Baginda tidak mampu mengangkat kedua-dua kakinya secara serentak.


Selepas mendengar kata-kata Nabi Muhammad, orang  itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa Rasullulah diisrakkan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun Baginda tidak mampu.


Mendaengar penjelasan daripada orang itu lalu Baginda meminta agar dia menemui Saidina Umar al-khattab. Selepas menemui Saidina Umar dan memberi perjelasan dengan apa yang berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang.


Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu.


Melihat peristiwa itu lantas orang bertanya Saidina Umar mengenai tindakan yang dilakukan terhadap orang itu. Saidian Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah dalam masalah Israk Mikraj, tetapi Baginda menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana MURTAD bukannya untuk menerangkan masalah Israk dan Mikraj.


Sepanjang perjalanan Israk dan mikraj, Rasullulah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia.Salah satu peristiwa yang wajah untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila Baginda tercium bauan harum Masyitah dan keluarga yang syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim.


Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang panas mengelegak demi keimananya kerana ALLAH.


Masyitah adalah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun.


Dalam peristiwa itu juga ALLAH mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam.Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardu yang diterima semasa mikraj.


Sedangkan ibadat fardu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardukan ketika Rasullulah berhijrah ke Madinah selepas peristiwa terbabit.


Baginda turut menyaksikan sekumpulan manusia yang sedang menghantuk dan cuba memecahkan kepala mereka sendiri. Setiap kali dicuba, kepala yang pecah itu kembali bertaut kembali dan sembuh dari luka-luka.


Mereka melakukannya berulang-ulang kali, tetapi tetap sembuh dan kembali ke kedudukan asal.


Rasulullah diberitahu Malaikat Jibril bahawa itu adalah balasan kepada orang yang berat kepala untuk sujud (Bersembahyang).


Dalam peristiwa yang lain , Rasulullah turut menyaksikan sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan merekadengan seccebis kain sedang dihalau sebagaimana menhalau binatang peliharaan. 


Pada masa yang sama, sekumpulan manusia itu memakan bara api dan batu-batu panas dari neraka jahanam. Menurut keterangan jibril, mereka adalah golongan yang tidak mengeluarkan zakat harta bendasepanjang hayatnya.


Kejadian lain yang disaksikan Rasulullah sepanjang perjalanan itu ialah sekumpulan pasangan manusia (lelaki dan wanita) yang sedang memakan daging busuk sedangkan di sebelahnya ada terhidang daging masak.


Ia menjadi simbol kepada mereka yang suka berzina sedangkan masing-masing sudah mempunyai isteri atau suami, lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan dengan batu (orang memakan riba), lelaki yang menghimoun seberkas kayu, tetapi tidak berupaya memikulnya dan terus menambahkan bilangan kayu (orang tidak dapat menunaikan amanah, tetapi terus menerima amanah yang baru), sekumpulan manusia yang menggunting lidah dan lidah berkali, terus bercantum walaupun dilakukan berkali-kali (orang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah), sekumpulan mereka  mencakar-cakar muka dan dada sendiri dengan kuku tembaga (orang yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain), seekor lembu jantan yang besar dari satu lubang yang sempit, tetapi tidak dapat memasuki lubang itu kembali (orang yang bercakap besar, walaupun menyesal tetapi terlambat), seorang perempuan membawa dulang penuh hiasan, tetapi tidak menarik perhatian Rasulullah (orang yang tertarik dengan harta benda, tetapi Baginda tidak tergoda), seorang wanita tua menyuruh Rasulullah berhenti, tetapi tidak dihiraukan (orang yang mensia-siakan umurnya) dan perempuan bongkok tiga menahan Rasullulah bertanyakan sesuatu (gambaran umur dunia yang tua dan sedang menunggu saat kehancurannya iaitu kiamat).


Sebaik baginda tiba di Masjidil Aqsa dan turun dari BURAQ, Rasulullah mengerjakan sembahyang dua rakaat bersama para anbia dan mursalin.


Baginda sendiri mengimamkan sembahyang berkenaan dan apabila selesai bersembahyang, Rasulullah terasa amat dahaga lalu malaikat Jibril menghulurkan dua bekas di mana satu berisi susu dan satu lagi mengandungi arak.


Baginda memilih bekas yang mengandungi susu dan meminumnya. Pilihan Rasulullah mengambarkan sikap terpujinya kerana tidak memilih minuman haram sebagai simbol kepada kesesatan dalam memimpin umat.

No comments:

Post a Comment