Saturday, 16 July 2011
Israk Mikraj
Pada tengah malam yang hening dan sunyi
sewaktu nabi sedang tidur di rumah Umm hani
baginda terbangun oleh suara panggilan misteri
dihadapannya berdiri malaikat Jibril putih berseri,
Israk mikraj mukjizat besar 621 masehi
27 rejab tahun ke 11 kerasulan Nabi
sudah puas baginda berdakwah tak henti-henti
memang keras musyrikin Mekah menolak hakiki.
Maha Suci Allah menjalankan hambaNya di malam hari
dari Mekah ke Masjid jauh sekitarnya diberkati
agar diperlihatkan segala tanda kebesaran ilahi
sesungguhnya Allah maha mendengar maha mengetahui
Kisah bermula di Masjidil Haram naungan ka'abah
nabi dibawa ke telaga zam-zam untuk dibedah
hati baginda luar dalam dipenuhi hikmah
Jibrail mengurus dari awal hinggalah sudah
Kemudian pula, datang buraq haiwan istimewa
membongkok badannya, hormat baginda taat setia
warnanya putih telinga sayapnya dua
meluncur laju kawasan sahara arah utara
Dalam perjalanan baginda diperlihatkan jenis balasan
satu persatu demi menjadi teladan pengajaran
orang berjihad menanam mengetam satu hari berbuah lagi
tujuh ratus ganda pahala ganjaran kurnia ilahi
Orang beriman tegur taat sepanjang hayat
ilmu amal berbuat baik suka ibadat
baginda mencium harum mewangi Masyitah
tukang hias anak Fir'aun dalam sejarah.
Meninggalkan solat hukumnya kepala dihentam batu
bakhil berzakat telanjang bogel memakan kayu
orang berjalang memakan daging mentah busuk
makan ribak sungai darah berenang hanyut
Gagal amanah mengumpul kayu
memotong lidah bibir mulutnya kempen palsu
mengumpat mencela kuku tembaga mencakar muka dan dada
perompak penyamun hidup mencakar sesiapa saja
Makan harta anak yatim makan api terus ke dubur
wanita curang menanggung dosa azab buah dadanya
segeralah bertaubat minta ampun Rabbun Ngafur
agar hidup penuh hidayah menuju syurga
Semasa Israk baginda berhenti di beberapa tempat
baginda sempat mendirikan solat dua rakaat
mula pertama Madinah bercahaya makam ayahanda
di suatu tempat bernama Abwak makam bonda
Sepanjang perjalanan baginda ditemani oleh malaikat
berhenti sejenak di Gunung Sinai begitu hebat
tempat sejarah Nabi Musa menemui hadhrat
Allah berbicara kalam suci kalam mukjizat
Selepas itu buraq berhenti di Baitul Laham
tempat lahir Nabi Isa'alaihis salam
dan buraq meluncur laju lagi ketenangan malam
suara ajaib menggoda Nabi membatalkan azam
Akhirnya, baginda sampai di Baitul Maqdis
itulah pertanda Israk dunia penghujung garis
Nabi mengikat kenderaan haiwannya sayang terlukis
namun misinya belum selesai belum habis
Rasul solat bersama para nabi terdahulu
sebagai imam kepada Ibrahim, Musa dan Isa
mohon redha hidayah Allah yang syahdu
banyak persoalan bagaimana mikraj akan bermula
di bawa tangga dipancang atas batu Ya'qut
naiklah nabi penuh iman rasa ta'jub
begitu cepat naik ke langit tak sampai merasa takut
di langit pertamaNabi Adam sudah pun sedia menyambut
Begitu halnya pertemuan baginda satu persatu
di langit kedua Nabi Isa Nabi Yahya saudara sepupu
di langit ketiga Nabi Yusof sabar menunggu
di langit keempat Nabi Idris dengan baik mendoakan daku'
Tersebut riwayat di langit ke lima baginda bertemu Nabi Harun
lamgit keenam Nabi Musa langit ketujuh Nabi Ibrahim
kemudian sampai di Sidratulmuntaha antara buah dan daun
baginda menunggu turunnya wahyu siratal mustaqim
Goresan Qalam jelas kenderaan di telinga Nabi
di kanan Arasy baginda menunggu hadrat ilahi
terasa sesuatu pada diri dengan ketenangan yang abadi
maka turunlah wahyu sembahyang 50 waktu dalam sehari
Setelah bertemu Nabi Musa, lima puluh jadi lima
belas kasih Tuhan Yang Esa, pahalanya tetap sama
perintah Allah diterima baik dapat bersemuka dengan kekasihNya
istimewa buat Nabi al-Amin al-Mukhtar al-Mustafa yang mulia
Hiduplah syariah !
Hidup sunnnah !
Dari Allah kepada Rasulullah
Dirikan Solat !
Pohonkan rahmat !
Dari Allah kerana Allah !
WASALAM..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment