Friday, 30 December 2011

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK




Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya

ENAM KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu. Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Para Sahabat, Rakan, Mahabbah dan Keluarga semua, marilah kita jadikan hari Jumaat untuk lebih bersemangat berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi SAW ada menyebut barangsiapa yang banyak beristigfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya. Maka marilah sama-2 kita melakukannya untuk merebut peluang masa di depan kita berbanding kita menyesali masa yang telah meninggalkan kita.

~ Amin Ya Robbal Al Amin ~

Monday, 26 December 2011

RAHSIA WAJAH BERSERI




Tipsnya Senang Sahaja .

Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal - Mahal Pun :)

~ Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit .

~ Menunaikan solat zohor di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata .

~ Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang .

~ Tidak berlengah untuk solat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut .

~ Sentiasa ingat solat Isya' di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran .

~ Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T .
Tapi , Sayang . Masih Ramai Belum Menyedarinya

Sunday, 18 December 2011

Rahsia solat




1. Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
7. Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
8. Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10. Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
11. Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.

Saturday, 17 December 2011

TUDUNG DAN LABUHKANLAH HINGGA KE DADA


"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang mukmin. Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang.
[Al-Ahzab : 59]

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklan mereka MENUTUP KAIN TUDUNG KE DADANYA.."
[Ayat Al-Quran Surah An-Nur: 31]

Wednesday, 14 December 2011

Kunci Rezeki

1. Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

- Sabda Rasulullah SAW:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

2. Membaca Surah Al-Ikhlas:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”

- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya. (Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)


selain dari mengamalkan membaca surah diatas . anda boleh mengamalkan membaca surah al-insyirah dalam solat waktu untuk dimurahkan, dilimpahkan rezeki dari Allah swt dan terhindar dari miskin dan musibah . dan ayat ini saya sendiri jadikan amalan .. surah al-insyirah ni mulanya ayat dengan alam nash ro laka sod drok

Saturday, 10 December 2011

IBADAH YANG AFDHAL

Ibadah yang afdhal ialah ibadah yang dilakukan bagi tujuan mencapai keredhaan Allah swt menurut keadaan di masa itu, misalnya:

a) Ibadah yang afdhal ketika medan jihad ialah berjihad.
b) Ibadah yang afdhal ketika ada tetamu ialah melayan tetamu.
c) Ibadah yang afdhal ketika tengah malam ialah solat sunat tahajjud, tilawatul Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar.
d) Ibadah yang afdhal ketika azan ialah menjawab azan.
e) Ibadah yang afdhal ketika kesusahan ialah menolong orang-orang yang ditimpa kesusahan.
f) Ibadah yang afdhal ketika di Arafah ialah berdoa, berzikir dan tilawatul Quran
g) Ibadah yang afdhal ketika ada orang sakit ialah menziarahi pesakit.