Thursday, 14 July 2011

Zikir Munajat

AKU MEMOHON AMPUN PADA ALLAH SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT !

DENGARKANLAH .......HADIS YG DIRIWAYATKAN OLEH ABU DAUD DAN ZIKIR TERSEBUT DI DALAM VIDEO INI.....

Zikir taubat

INSAFLAH , INSAFLAH ATAS PERBUATAN KAMU YANG KAMU LAKUKAN ....SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI PENYAYANG !!

zikir penenang hati

MERDU SUNGGUH ZIKIR INI !!!! YA ALLAH


ANDA SEMUA AKAN MENDAPAT GANJARAN PAHALA DENGAN HANYA MENDENGARNYA...SUBHANALLAH...


Wednesday, 13 July 2011

RAHMAT DISEBALIK SAKIT YANG KITA HADAPI.




Mengambil masa untuk membaca dalam 2 -3 minit


1) Menghapus dosa

Ini adalah keutamaan yang besar daripada Allah s.w.t kerana dengan sakit yang dideritai seorang Muslim, dosa yang pernah dilakukannya terhapus kerana penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).

Tetap mendapatkan pahala daripada amal kebaikan yang biasa dilakukannya ketika sihat

Ini kerana orang yang sakit tidak dapat menjalankan amal kebaikan itu bukan kerana dia tidak mahu tetapi dalam keadaan sakit.

Umpamanya jika kita selalu ke masjid untuk solat berjemaah, kita mendapat pahala yang besar, setiap langkah kita ke masjid diangkat sebagai darjat dan dihapuskan satu kesalahannya.

Malah malaikat pasti berselawat kepada kita. Tetapi, ketika kita sakit, kita tidak mampu untuk ke masjid, Allah tetap bagi pahala kepada kita sama seperti kita solat di masjid.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang hamba sakit atau berpergian (safar), maka Allah mencatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya ketika dia tidak berpergian atau sihat.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang menguatkan lagi hadis di atas: “Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat.” (Hadis riwayat Abu Hanifah).

2) Memperoleh pahala kebaikan

Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang Muslim yang sabar dalam menghadapi sakit maka baginya pahala kebaikan.

Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).

3) Memperoleh darjat tinggi di sisi Allah s.w.t

Hal ini kerana di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, apabila seorang Muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia pasti dapat memperoleh darjat itu dengan musibah atau penyakit yang dideritai.

Umpamanya mati syahid yang adalah mati yang sangat mulia. Tetapi, jika dia tidak pergi berperang, dia pasti mendapat darjat mati syahid sekiranya dia meninggal kerana penyakit yang dihidapinya.

Rasulullah bersabda: “Wabah adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani).

4) Memperoleh ganjaran syurga

jika seorang Muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran. Contohnya penyakit yang sangat menyulitkan penderitaannya dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga.” (Hadis riwayat Ahmad).

Namun demikian, jika sakit itu tidak menyenangkan, sakit adalah ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita mahupun keluarganya.

Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif.
Umpamanya ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri sendiri bahawa kita sihat, kuat dan sabar. Insya-Allah, kita pasti cepat sembuh

Tuesday, 12 July 2011

iktiraf, doa taubat

YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU      !!!

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku

Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu

Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaka

Friday, 8 July 2011

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

NAFSU
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

DOA DIJAUHI API NERAKA


SESUNGGUHNYA ramai yang sudah mengetahui bahawa api neraka adalah tempat yang sukar digambarkan dengan penilaian kotak pemikiran manusia hari ini.

Walaupun ianya sukar digambarkan dengan lebih mendalam cukuplah sekadar tempiasnya sudah menyatakan bahawa api neraka adalah tempat untuk golongan kafir yang cukup perit apabila menjadi penghuninya.

Jika soalan “Adakah sekiranya kamu berminat untuk menghuni tempat sebegini? Maka umat manusia terutamanya umat Islam sudah semestinya menjawab ‘Tidak sama sekali.” Jadi, perbanyakanlah amalan supaya kita tidak terjebak dengan perkara yang mendorong kita ke neraka.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Muslim dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ucapkanlah: " Aku berlindung kepada Allah dari seksa neraka dan dari seksa kubur, fitnah kehidupan, fitnah kematian dan fitnah Dajjal."

Sesiapa yang meminta perlindungan dari api neraka sebanyak tujuh kali, maka neraka pun berkata: " Ya Allah selamatkanlah orang ini daripada azabku."

Dalam sebuah hadis juga disebutkan bahawa Al-Harith bin Muslim berkata: " Tentu wahai Rasulullah." Maka beliau bersabda:
"Apabila engkau telah selesai solat subuh maka bacalah: " Ya Allah ya Tuhanku selamatkanlah aku dari neraka," sebanyak tujuh kali. Dan apabila engkau telah selesai solat maghrib maka bacalah: " Ya Allah ya Tuhanku selamatkanlah aku dari neraka," sebanyak tujuh kali."