Friday, 10 June 2011

Aurat Antara Sesama Lelaki Dan Wanita


Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”
(Bukhari)
Huraian:
Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat.
Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.

AURAT LELAKI


Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.

Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya:
Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:
Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.

Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun,
terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat
jumhur ulamak di antaranya:

Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :
Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud :
Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.
 

SEMATKAN DALAM DIRI ANDA



“Saya ingin belajar bersungguh-sungguh”
“Saya tak nak membuang masa lagi dengan aktiviti yang tak berfaedah”
“Saya tak nak ponteng kuliah”
“Saya nak buat yang terbaik dalam peperiksaan kelak”
"Saya tidak akan tinggal solat dan memohon bantuan darinya"

Sematkan Azam ini dalam diri anda! Insyallah..

Thursday, 9 June 2011

You Saka... Pergi Jauh Jauh


BERSIARAN DI TV3 SETIAP HARI KHAMIS JAM 9:30 PM

Tabiat Melambangkan Fikiran Negatif



Kita akan memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:

  1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.
  2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.
  3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.
  4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.
  5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga
  6. Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.
  7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.
  8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.
  9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.
  10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.
  11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.
  12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.

Petua Untuk Membina Sikap Bersangka Baik


Sesiapa jua yang anda fikirkan, fikirlah yang baik-baik saja tentang dirinya walaupun dia itu musuh ketat anda atau dia pernah sakitkan hati anda. Setiap hari kita akan berjumpa ratusan orang. Ada yang membuat kita menyampah, ada yang membuat kita suka. Kekadang kita teringat orang-orang dari masa lalu, mungkin orang-orang yang kita lihat pada minggu, orang-orang yang kita berbual dengan mereka pada minggu lalu.

Biasanya, kita akan lebih mengingati perangai mereka yang menyakitkan hati kita. Berhati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun kepada fikiran positif anda. Sikap itu membuat minda terlatih ke arah fikiran negatif. Untuk mengubahnya, fikirlah hanya yang baik-baik tentang sesiapa saja.

Lebih banyak kita berfikiran baik-baik pada seseorang, lebih banyak kita diketemukan dengan situasi yang baik-baik, bahkan kita sendiri akan rasa seolah-olah kita ini bertuah sebab asyik jumpa situasi yang baik-baik. Misalnya, mungkin tiba-tiba ada orang ingin tumpangkan anda naik keretanya, mungkin tiba-tiba ada seorang kawan belanja anda makan tengahari, mungkin tiba-tiba ada seorang kawan muncul di depan mata anda, menghulurkan sebuah hadiah yang anda sendiri tidak sangka-sangka.

Wednesday, 8 June 2011

MUSIC VIDEO


Akim-Inilah Cinta [HD] Music Video with All dialogues and sound FX





grap.....grapppp;.............


[MV] AKIM - JANJI


LATER CALL YOU BALIK ........


[MV] AKIM - JANJI