Saturday, 26 November 2011

Selamat menyambut tahun baru Islam 1433 H


Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Selamat menyambut tahun baru Islam 1433 H kepada semua umat Islam. Salam Maal Hijrah

Thursday, 17 November 2011

SYAHADAH






Ungkapan Syahadah “Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah” ini selalu didengari, baik ketika solat mahupun di corong pembesar suara masjid saat azan dan iqamat dikumandangkan. Namun, ada perkara yang kita perlu ketahui supaya syahadah itu direalisasikan dalam kehidupan sehari-hari.


Ulama menggariskan beberapa syarat perlu dilengkapkan dalam merealisasikan syahadah (persaksian) akan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh ALLAH, antaranya syarat pertama beriman kepada kerasulan Nabi SAW. Ini seperti dalam peristiwa Malaikat Jibrail bertanya kepada Nabi SAW mengenai rukun Iman, lalu Nabi SAW menjawab, “Engkau beriman kepada ALLAH, beriman kepada Rasul-NYA, Malaikat-NYA, Kitab-NYA, Hari Akhir dan takdir yang baik mahupun buruk”. (HR Muslim)


Jadi, kalimat ini akan terealisasi apabila kita beriman dengan pelantikan Muhammad bin Abdullah sebagai Nabi dan utusan (rasul) ALLAH, bersamaan dengan itu beriman kepada mukjizat yang diberikan ALLAH kepada Nabi SAW. Kemudian membenarkan apa yang datang daripada Nabi SAW, baik perkataannya (hadis), taqrir (ikrar dan persetujuan) serta amalan baginda yang membentuk syariat.


Iman dari segi bahasa sebagaimana dinyatakan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah (w.728) ialah; “Iman itu adalah berikrar”. Menurut Ibnu Taimiyah rahimahullah, makna ikrar adalah yang paling tepat berbanding makna at-tashdiq (membenarkan).


Abu Bakar as-Siddiq orang paling membenarkan segala perbuatan Nabi SAW. Kisah beliau yang masyhur ialah ketika berlaku peristiwa Nabi SAW israk dan mikraj. Beliau menerimanya secara total (keseluruhan) tanpa ragu.


Syarat kedua, cinta kepada baginda SAW. Dalilnya, Nabi SAW bersabda, “Tidak sempurna Iman seseorang sehinggalah dia mencintai aku melebihi orang tuanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya.” (HR Bukhari dari sahabat Anas)


Asbabul wurud (sebab turun) hadis ini adalah semasa Umar al-Khattab r.a berkata kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, sesungguhnya engkau paling aku cintai melebihi segala sesuatu kecuali diriku (yang lebih aku cintai)”. Lalu Rasulullah SAW menegur Umar dan membetulkan ucapan Umar tadi dengan berkata, “Tidak ya Umar, katakanlah ‘Sesungguhnya engkau (Ya Rasulullah) paling aku cintai melebihi segala sesuatu termasuk diriku sendiri”. Lantas Umar mengubah ucapannya tadi dengan berkata, “Demi ALLAH ya Rasulullah, sesungguhnya sekarang aku mencintai engkau melebihi sesuatu termasuk diriku”. Maka Rasulullah menjawab, “Sekarang ini ya Umar (yang lebih tepat)”. (HR Bukhari daripada sahabat Abdullah bin Hisyam)


Dalam konteks hadis ini, ia menyatakan kepada kita mengenai kecintaan kepada Nabi SAW mestilah didahulukan daripada segala sesuatu, tidak kira dalam apa pun keadaan dan situasi.


Syarat ketiga ialah dengan mengikuti baginda - al-Ittiba’ (mengikuti). Ini berbeza dengan taqlid (mengikuti secara membuta tuli), kerana ittiba’ adalah mengikuti rasulullah berdasarkan kepada keterangan baginda daripada dalil, nas dan bukti yang disaring daripada al-Quran dan hadis. Inilah syarat-syarat yang wajib dipenuhi untuk realisasikan syahadah Nabi sebagai pesuruh Allah’.


ALLAH SWT berfirman yang bermaksud, “Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.” (Surah At-Taubah ayat 128)


Dalam ayat ini, ALLAH mengkhabarkan kepada kita bagaimana sifat atau sikap Nabi SAW kepada orang-orang mukmin. Inilah sifat beliau, iaitu menyayangi.


Justeru, kita sebagai umat Nabi SAW yang mencintai baginda, perlu contohi sikap ini iaitu menyayangi setiap orang yang beriman tanpa perlu memilih warna kulit dan parti politik. Inilah tanggungjawab dan kewajipan semua individu tidak kira siapa pun dia.


Untuk semua parti politik, perlu mendahulukan agama Islam itu sendiri sebagai dasar dalam meletakkan kecintaan dan berkasih sayang –al-wala’ wal bara’-. Ada pun ketika berurusan dengan orang kafir, sikap menghormati dan menjaga adab adalah sangat ditekankan tanpa menjangkaui batas pergaulan dan prinsip kita sebagai seorang Muslim.

Tuesday, 15 November 2011

BERIBU MALAIKAT IRINGI TURUNNYA AYAT KURSI





AYAT KURSI diturunkan pada satu malam setelah hijrah Rasulullah SAW. Menurut sebuah riwayat, ketika ayat kursi diturunkan, ianya disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai pengiring kerana kebesaran dan kemuliaan ayat berkenaan.

Pada masa itu, Iblis dan syaitan jadi gempar kerana adanya satu alamat yang jadi pendinding kepada kerja jahat yang jadi tugas mereka. Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan kepada penulis al-Quran, Zaid Tsabit agar segera menulis dan menyebarkannya.

Untuk itu, terdapat 95 buah hadis yang menjelaskan fadhilat ayat kursi. Ayat ini disebut ayat kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘kursi’ yang bermaksud tempat duduk Allah SWT tetapi, adapun kusri itu cuma sebagai syiar atas kebesaran Allah SWT semata-mata. Allah SWT tidak duduk, apa lagi memerlukan tempat duduk sebagaimana kita manusia. Maha Suci Allah daripada di samakan dengan seseorang dalam hal berkenaan.

Allah SWT menjadikan kursi meliputi tujuh petala langit dan bumi. Kebesaran kusi adalah umpama serumpun pohon di tengah padang pasir yang luas. Di samping kiri dan kanannya diciptakan pula kursi-kursi kecil untuk menambah keindahan dan kekuasaannya. Pada setiap kursi kecil itu duduk malaikat yang membaca ayat kursi. Dan para malaikat juga akan mencatat pahala orang yang membaca ayat kursi.

Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan khusyuk setelah selesai solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar rumah, setiap kali masuk tidur dan bermusafir, InsyaAllah ia akan mengamankan orang itu dari godaan syaitan, kejahatan manusia serta binatang yang memudharatkan, terpelihara dirinya, keluarganya dan harta-bendanya dengan izin Allah SWT.

Terdapat keterangan dalam kitab Asrarul Mufidah, sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi – setiap kali sebanyak 18 kali, insyaAllah dia akan hidup dengan jiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan pelbagai hikmat, dimudahkan rezekinya dan dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang menghormatinya dan dipelihara ia oleh Allah SWT daripada segala bala bencana.

Syeikh Abul Abbas al-Bunni menerangkan: ‘Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak 50 kali, kemudian ditiupkan kepada air hujan, kemudian ia meminumnya, maka insyaAllah Tuhan akan mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada pelajaran yang dipelarinya’.

Sementera itu, sesiapa yang membaca ayat kursi sesudah sembahyang fardhu, Allah SWT akan mengampuni dosanya dan sesiapa yang membacanya sewaktu hendak tidur, maka dengan izin Allah ia akan terpelihara dari gangguan syaitan. Dan sesiapa yang membaca ayat kursi ketika ia sedang marah, maka akan hilanglah rasa marahnya.

Catatan:
Sebenarnya terlalu banyak fadhilat dan faedahnya membaca ayat kursi sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama muktabar (bukan ulama politik) yang harus kita jadikan pedoman serta amalan harian. Sesungguhnya ayat kursi itu adalah pelindung penting yang diturunkan Allah SWT melalui malaikat dan RasulNya untuk digunapakai oleh manusia yang beriman.

Sunday, 13 November 2011

‎9 Jenis Anak Syaitan




Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

Rasulullah s.a.w bersabda: Tujuh golongan akan berada dibawah naungan rahmat Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya.

1. Raja yang adil.
2. Pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat kepada Allah.
3. Seorang lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid.
4. Dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan cantik kepadanya namun dia berkata: Aku takutkan Allah.
6. Seorang lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
7. Seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri sehingga mengalirkan air mata.

(H.R. Bukhari)

Saturday, 12 November 2011

SPM Facebook Study Group

SPM Facebook Study Group: SPM Exams are just around the corner! Are you well prepared? Not to worry! Join the SPM Facebook community now to share discussions and get last minute tips! Find out more here to combine your Facebook study with Astro Channel 602.