Friday, 15 July 2011

Petua Untuk Luahkan Rasa Cinta

Ungkapkan cinta dengan sesuatu - Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

Ungkapkan cinta secara langsung - Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

Kenali si dia dengan baik - Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.

Siapkan Mental  - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.

Berdoa sebelum mengungkapkan cinta - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

Pemberi Rezeki


Allah s.w.t. yang mempunyai nama “Ar-Razak” pemberi rezeki yang maha luas menjanjikan kemudahan dalam menghadapi situasi hidup ini. Allah jualah yang mencipta seribu jalan keluar pada tiap permasalahan walau dipandang besar oleh manusia. Syaratnya manusia itu perlu mensucikan Allah s.w.t. dari segala sekutu dan kepercayaan. Inilah pintu kejayaan yang sudah ada jaminan daripada Allah.Tanpa takwa, peniagaan bagaikan kapal tanpa arah tujunya.Manusia yang tidak bertakwa sangat rendah kekuatan peribadinya,mudah mengalah dengan tekanan. Akhirnya perniagaan akan runtuh satu persatu. Ini sangat berbeza dengan mereka yang bertakwa. Peribadinya kuat dan yakin dengan Allah.Tidak mudah berputus asa serta memiliki motivasi dari dalam diri.Orang yang bertakwa melihat jatuh bangun perniagaan sebagai ujian daripada Allah dan akan diganjari pahala.Waktu diberikan kejayaan dia akan bersyukur dan di waktu kegawatan dia akan bersabar.Ini sangat berbeza dengan orang yang tidak ada takwa. Bila senang mereka lupakan Allah dan apabila susah mereka putus asa. Inilah kayu ukur untuk bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Andaikata kita telah pun bergelar jutawan, itupun masih tidak layak untuk diagung-agungkan seperti anda melihat lukisan yang sangat cantik. Sudah tentu puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t., Tuhan sekelian alam yang telah mencipta pelukis tersebut.

Thursday, 14 July 2011

Zikir Munajat

AKU MEMOHON AMPUN PADA ALLAH SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT !

DENGARKANLAH .......HADIS YG DIRIWAYATKAN OLEH ABU DAUD DAN ZIKIR TERSEBUT DI DALAM VIDEO INI.....

Zikir taubat

INSAFLAH , INSAFLAH ATAS PERBUATAN KAMU YANG KAMU LAKUKAN ....SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI PENYAYANG !!

zikir penenang hati

MERDU SUNGGUH ZIKIR INI !!!! YA ALLAH


ANDA SEMUA AKAN MENDAPAT GANJARAN PAHALA DENGAN HANYA MENDENGARNYA...SUBHANALLAH...


Wednesday, 13 July 2011

RAHMAT DISEBALIK SAKIT YANG KITA HADAPI.




Mengambil masa untuk membaca dalam 2 -3 minit


1) Menghapus dosa

Ini adalah keutamaan yang besar daripada Allah s.w.t kerana dengan sakit yang dideritai seorang Muslim, dosa yang pernah dilakukannya terhapus kerana penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).

Tetap mendapatkan pahala daripada amal kebaikan yang biasa dilakukannya ketika sihat

Ini kerana orang yang sakit tidak dapat menjalankan amal kebaikan itu bukan kerana dia tidak mahu tetapi dalam keadaan sakit.

Umpamanya jika kita selalu ke masjid untuk solat berjemaah, kita mendapat pahala yang besar, setiap langkah kita ke masjid diangkat sebagai darjat dan dihapuskan satu kesalahannya.

Malah malaikat pasti berselawat kepada kita. Tetapi, ketika kita sakit, kita tidak mampu untuk ke masjid, Allah tetap bagi pahala kepada kita sama seperti kita solat di masjid.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang hamba sakit atau berpergian (safar), maka Allah mencatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya ketika dia tidak berpergian atau sihat.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang menguatkan lagi hadis di atas: “Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat.” (Hadis riwayat Abu Hanifah).

2) Memperoleh pahala kebaikan

Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang Muslim yang sabar dalam menghadapi sakit maka baginya pahala kebaikan.

Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).

3) Memperoleh darjat tinggi di sisi Allah s.w.t

Hal ini kerana di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, apabila seorang Muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia pasti dapat memperoleh darjat itu dengan musibah atau penyakit yang dideritai.

Umpamanya mati syahid yang adalah mati yang sangat mulia. Tetapi, jika dia tidak pergi berperang, dia pasti mendapat darjat mati syahid sekiranya dia meninggal kerana penyakit yang dihidapinya.

Rasulullah bersabda: “Wabah adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani).

4) Memperoleh ganjaran syurga

jika seorang Muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran. Contohnya penyakit yang sangat menyulitkan penderitaannya dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga.” (Hadis riwayat Ahmad).

Namun demikian, jika sakit itu tidak menyenangkan, sakit adalah ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita mahupun keluarganya.

Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif.
Umpamanya ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri sendiri bahawa kita sihat, kuat dan sabar. Insya-Allah, kita pasti cepat sembuh

Tuesday, 12 July 2011

iktiraf, doa taubat

YA ALLAH AMPUNKAN DOSAKU      !!!

Wahai tuhan,
Aku tak layak masuk syurgamu,
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu

Ampunkan dosa dan terimalah taubatku,
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Dengan rahmatmu ampunkan daku m
Oh tuhanku

Wahai tuhan,
Selamatkan kami ini,
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadamu,
Suburkanlah cinta kami kepadamu,
Kamilah hamba yang berharap belas darimu

Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaka