Sunday, 26 June 2011

IKTIBAR PERISTIWA ISYAK DAN MIKRAJ

NABI MUHAMMAD MENYAKSIKAN HUKUMAN DIDERITAI MANUSIA UNTUK DOSA MEREKA


MASJID AL-AQSA DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI BAITULMAQDIS IAITU KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM SEBELUM DIPINDAHKAN KE KAABAH

Pada 27 Rejab tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah s.a.w dan dua tahun sebelum berlakunya hijrah Nabi Muhammad ke Madinah Munawwarah berlaku suatu peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.


Ia bukti penting terhadap kekuasaan, kebesaran dan kehebatan ALLAH s.w.t Israk membawa makna perjalanan Nabi Muhammad pada malam hari dengan menaiki BURAQ bermula dari masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis.


Selepas Baginda menceritakan apa yang terjadi padanya kepada masyarakat, orang kafir terus mengejek dan mendustakan Baginda.


Namun, mereka yang membenarkan Baginda, tetap utuh seperti Saidina Abu Bakar.
''Jika Baginda mengatakan bahawa Baginda diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya,''katanya.



Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Saidina Abu Bakar dalam mempercayai ALLAH dan Rasul-Nya sehingga beliau as-Siddiq.


Selepas Rasullulah s.a.w menegaskan Baginda diisrakkan ALLAH maka ada seorang yang meminta Baginda mengangkat kaki kanannya lalu Baginda terus melakukannya.
orang itu menyuruh Nabi Muhamma mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu Baginda menyatakan bahawa Baginda tidak mampu mengangkat kedua-dua kakinya secara serentak.


Selepas mendengar kata-kata Nabi Muhammad, orang  itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa Rasullulah diisrakkan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun Baginda tidak mampu.


Mendaengar penjelasan daripada orang itu lalu Baginda meminta agar dia menemui Saidina Umar al-khattab. Selepas menemui Saidina Umar dan memberi perjelasan dengan apa yang berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang.


Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara beliau terus memancung kepala orang itu.


Melihat peristiwa itu lantas orang bertanya Saidina Umar mengenai tindakan yang dilakukan terhadap orang itu. Saidian Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah dalam masalah Israk Mikraj, tetapi Baginda menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana MURTAD bukannya untuk menerangkan masalah Israk dan Mikraj.


Sepanjang perjalanan Israk dan mikraj, Rasullulah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia.Salah satu peristiwa yang wajah untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila Baginda tercium bauan harum Masyitah dan keluarga yang syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim.


Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang panas mengelegak demi keimananya kerana ALLAH.


Masyitah adalah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun.


Dalam peristiwa itu juga ALLAH mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam.Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardu yang diterima semasa mikraj.


Sedangkan ibadat fardu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardukan ketika Rasullulah berhijrah ke Madinah selepas peristiwa terbabit.


Baginda turut menyaksikan sekumpulan manusia yang sedang menghantuk dan cuba memecahkan kepala mereka sendiri. Setiap kali dicuba, kepala yang pecah itu kembali bertaut kembali dan sembuh dari luka-luka.


Mereka melakukannya berulang-ulang kali, tetapi tetap sembuh dan kembali ke kedudukan asal.


Rasulullah diberitahu Malaikat Jibril bahawa itu adalah balasan kepada orang yang berat kepala untuk sujud (Bersembahyang).


Dalam peristiwa yang lain , Rasulullah turut menyaksikan sekumpulan manusia yang hanya menutup kemaluan merekadengan seccebis kain sedang dihalau sebagaimana menhalau binatang peliharaan. 


Pada masa yang sama, sekumpulan manusia itu memakan bara api dan batu-batu panas dari neraka jahanam. Menurut keterangan jibril, mereka adalah golongan yang tidak mengeluarkan zakat harta bendasepanjang hayatnya.


Kejadian lain yang disaksikan Rasulullah sepanjang perjalanan itu ialah sekumpulan pasangan manusia (lelaki dan wanita) yang sedang memakan daging busuk sedangkan di sebelahnya ada terhidang daging masak.


Ia menjadi simbol kepada mereka yang suka berzina sedangkan masing-masing sudah mempunyai isteri atau suami, lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan dengan batu (orang memakan riba), lelaki yang menghimoun seberkas kayu, tetapi tidak berupaya memikulnya dan terus menambahkan bilangan kayu (orang tidak dapat menunaikan amanah, tetapi terus menerima amanah yang baru), sekumpulan manusia yang menggunting lidah dan lidah berkali, terus bercantum walaupun dilakukan berkali-kali (orang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah), sekumpulan mereka  mencakar-cakar muka dan dada sendiri dengan kuku tembaga (orang yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah orang lain), seekor lembu jantan yang besar dari satu lubang yang sempit, tetapi tidak dapat memasuki lubang itu kembali (orang yang bercakap besar, walaupun menyesal tetapi terlambat), seorang perempuan membawa dulang penuh hiasan, tetapi tidak menarik perhatian Rasulullah (orang yang tertarik dengan harta benda, tetapi Baginda tidak tergoda), seorang wanita tua menyuruh Rasulullah berhenti, tetapi tidak dihiraukan (orang yang mensia-siakan umurnya) dan perempuan bongkok tiga menahan Rasullulah bertanyakan sesuatu (gambaran umur dunia yang tua dan sedang menunggu saat kehancurannya iaitu kiamat).


Sebaik baginda tiba di Masjidil Aqsa dan turun dari BURAQ, Rasulullah mengerjakan sembahyang dua rakaat bersama para anbia dan mursalin.


Baginda sendiri mengimamkan sembahyang berkenaan dan apabila selesai bersembahyang, Rasulullah terasa amat dahaga lalu malaikat Jibril menghulurkan dua bekas di mana satu berisi susu dan satu lagi mengandungi arak.


Baginda memilih bekas yang mengandungi susu dan meminumnya. Pilihan Rasulullah mengambarkan sikap terpujinya kerana tidak memilih minuman haram sebagai simbol kepada kesesatan dalam memimpin umat.

Friday, 24 June 2011

Kelebihan Wanita Mentaati Suaminya

Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab.

1. Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

2. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh.”

3. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”

4. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”

5. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”

6. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”

7. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”

8. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”

9. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”

Thursday, 23 June 2011

Ke Manakah Arah Kita Selepas Dibangkitkan Dari Alam Kubur?

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."

Semuga Tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Wednesday, 22 June 2011

Petua Anak Dara Mengekalkan Keayuan


Menjaga Suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti “tolong” serta “ minta maaf ”.

Jaga Perkataan. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga Kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga Muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga Rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga Cara Berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan Jangan Terlalu Laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga Gerak-Geri. Apabila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga Senyuman. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut apabila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tetapi untuk tujuan baik.

Menjaga Mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Jangan Terlalu Kerap Menjeling. Walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga Kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Menjaga Sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

Jangan Merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain 

Thursday, 16 June 2011

Ilmu Firasat Melayu: Rahsia Mata Wanita

Saiz Mata Kecil - Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tetapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz Mata Sedang - Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz Mata Lebar - Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tetapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata Selalu Berkedip - Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

Mata Jarang Berkedip - Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata Cengkung - Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tetapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata Redup - Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya Seolah Tersembul Keluar - Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tetapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Gerhana bulan

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 16 Jun 2011.



Peristiwa gerhana bulan era moden yang telah terjadi

  • Gerhana bulan Mac 2007 ― Merupakan peristiwa gerhana bulan penuh pertama terjadi pada tahun 2007 yakni pada tanggal 3 Mac 2007, kelihatan separa di benua Amerika, Asia dan Australia. Gerhana penuh kelihatan di Afrika dan Eropah. Peristiwa tersebut berlaku selama 01 jam:15m, bermula jam 20:16 UTC, dan klimaks pada jam 22:43 UTC.
  • Gerhana bulan Ogos 2007 ― Tanggal 28 Ogos 2007, gerhana bulan penuh kedua pada tahun 2007. Bermula pada pukul 07:52 UTC, dan klimaks pada pukul 09:52 UTC. Gerhana ini boleh dilihat dari Asia Timur, Australia dan New Zealand menghadap Lautan Pasifik, dan Amerika.
  • Gerhana bulan Februari 2008 ― Satu-satunya gerhana bulan penuh berlaku pada tahun 2008, berlaku pada 21 Februari 2008, bermula jam 01:43 UTC, kelihatan jelas di Eropah, Amerika, dan Afrika.
  • Gerhana bulan Disember 2009 - Gerhana bulan separa berlaku pada 31 Disember 2009.
  • Gerhana bulan Jun 2010 - Gerhana bulan separa berlaku pada 26 Jun 2010.
  • Gerhana bulan Disember 2010 - Gerhana bulan penuh berlaku pada 21 Disember 2010.
  • Gerhana bulan Jun 2011 - Gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada 15 Jun 2011.

Wednesday, 15 June 2011

KELEBIHAN BULAN REJAB



KETAHUILAH BAHAWA BULAN REJAB ADALAH BULAN ALLAH, MAKA BARANGSIAPA YG BERPUASA SEHARI DALAM BULAN REJAB DGN IKHLAS,MAKA IA PASTI MENDAPAT KEREDHAAN YG BESAR D SISI ALLAH, BARANGSIAPA PUASA 2 HARI D BULAN REJAB IA MENDAPAT KEMULIAAN D SISI ALLAH, BARANGSIAPA PUASA 3 HARI D BULAN REJAB, MAKA ALLAH MENYELAMATKANNYA DRI BAHAYA DUNIA,SEKSA AKHIRAT,DRI PENYAKIT GILA,PENYAKIT GATAL,& TERSELAMAT DARI FITNAH SYAITAN & DAJAL.. SIAPA YG PUASA 7HARI MAKA DI TUTUPKAN 7 PINTU NERAKA,SIAPA PUASA 8HARI DIBUKAKAN 8 PINTU SYURGA, SEKANG KITA DI BULAN REJAB.