Tuesday, 14 June 2011

ISTIQAMAHKAN DIRIMU


Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa.

Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

PETANDA HARI KIAMAT


Hadith :
Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"

Huzaifah bin Asid al-Ghifari r.a

Punca dan Petua Meredakan Sakit Kepala


Punca Dari Pakaian - Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala. Begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan.


Punca Dari Cahaya - Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang.

Punca Dari Mata - Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala. Begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala.

Punca Dari Penyakit - Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

Punca Dari Kepala - Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tidak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Petua Untuk Meredakan Sakit Kepala
Ambil segengam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan tumbuk kesemua bahan tersebut. Setelah ia menjadi halus, campurkan dengan 1 sudu cuka dan diperapkan. Bubuhlah dikening mata anda selepas itu. Sakit kepala akan sembuh segera.

Sunday, 12 June 2011

Sesungguhnya, Mati Itu Pasti!

Apabila kematian menimpa sahabat kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi kesedaran kepada kita yang dunia ini hanya sementara. Semakin kita kejar, semakin dunia melarikan dari kita. Akhirat yang abadi. Malangnya, kemudian kita terleka kembali dengan dunia.

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
  1. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
  2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
  3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
  4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
  5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
  1. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
  2. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
  3. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
  4. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
  5. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagi.
  1. hartanya untuk warisnya.
  2. nyawanya untuk Malaikal Maut.
  3. dagingnya untuk ulat-ulat.
  4. tulangnya untuk tanah.
  5. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,
Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  2. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  3. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  2. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
  3. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerjah suara dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
  2. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
  3. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  2. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  3. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
  1. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  2. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  3. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.
Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
  1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  2. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  3. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).
Wallahua'lam.."Sesungguhnya, mati itu pasti!"

Friday, 10 June 2011

PENUNJUK ARAH KIBLAT LAMAN WEB

http://www.al-habib.info/qibla-pointer/ 

SILA TEKAN LAMAN WEB TERSEBUT UNTUK MENGETAHUI ARAH KIBLAT DI TEMPAT ANDA DUDUKI....MUDAH ANDA HANYA PERLU MENAIP KEDUDUKAN ANDA SEPERTI MUAR, JOHOR DAN SELEPAS ITU ANDA TEKAN 'FIND' ...SELEPAS ITU ARAH KIBLAT AKAN DITUNJUKKAN........INILAH KEMAJUAN DUNIA

USTAZAH PILIHAN



Saluran televisyen Astro Oasis memperkenalkan program realiti terbaru berjudul Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran pada 1 Oktober depan.
Program tersebut akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat.
“Idea menerbitkan program ini adalah rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk memberi pelung kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka.
“Bagaimanapun dakwah yang akan ditampilkan bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syarak yang semestinya menjadi suatu kelainan selain mampu menarik perhatian masyarakat,” ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.
Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Menerusi konsep Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri.
Mereka yang layak akan ditempatkan di ibu kota untuk menjalani kursus melalui mata pelajaran yang telah ditentukan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dalam aspek hal ehwal semasa.
“Kesemua peserta akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu berlandaskan format kitaran kehidupan.
“Format ini meliputi tugasan-tugasan yang akan mereka lalui berdasarkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekatan yang akan digunakan adalah relevan dengan realiti wanita di zaman moden,” tuturnya.
Dari segi pemarkahan, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan dibimbing oleh para Mursyidah (mentor) yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).
Markah akan diberikan kepada kumpulan dan individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang dilaksanakan setiap minggu.
Lebih istimewa, setiap warga kerja yang terpilih menjayakan program ini adalah di kalangan wanita.
“Kami sedang berusaha untuk merealisasikan bahawa kesemua yang terlibat dalam produksi ini adalah wanita.
“Malah kita mahu penonton yang hadir pada setiap minggu juga di kalangan penonton wanita sahaja,” katanya.
Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:
9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
Sesi ujian dan temu duga terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

KONSEP RANCANGAN IMAM MUDA 2 (2011)


Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian  televisyen yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia
Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian mengenai remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat yang dihimpunkan secara berkumpulan di sebuah asrama selama 3 bulan mempelajari dan memahami tentang hal-hal keugamaan dan kepimpinan Islam dari pemimpin ugama dan pendidik yang bertauliah dan berpengalaman.
Individu terpilih ini bakal menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan ugama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Kesemua Individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Setiap minggu, pelajar terbaik akan diumumkan dan 3 orang pelajar yang mendapat kedudukan terendah akan diberi tugas kemasyarakatan. Sehinggalah di minggu kesembilan, hanya 2 orang pelajar terbaik akan beraksi di pentas akhir.
Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin.
Selain itu, program Imam Muda  bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.
Menjadi pemangkin kepada kelahiran IMAM MUDA yang versatil dan relevan kepada komuniti.