Monday 23 January 2012

Kelebihan Surah




1. Surah Yaasin-merupakan jantung al-quran (hadith riwayat Ahmad)
2. Surah ar Rahman- diibaratkan seperti gadis pengantin di syurga. (hadith riwayat Ahmad)
3. Surah al A'la-merupakan surah kegemaran Rasulullah s.a.w.(hadith riwayat Al-Bukhari)
4.Surah Al fatihah-merupakan pokok kepada Al-Quran.(hadith riwayat Al-Bukhari)
5.Surah Al kahfi-merupakan surah naungan di akhirat.(hadith riwayat Al-Bukhari)
6.Surah Al kahfi-merupakan surah naungan bagi para malaikat.(hadith riwayat Muslim)
7.Surah As sajadah-merupakan surah kegemaran Rasulullah s.a.w.(hadith riwayat At-Tirmizi)
8.Surah Al Mulk-memberi syafaat ketika di hari akhirat.(hadith riwayat Ibn Majah)
9.Surah An Nas dan Al Falaq-mendapat perlindungan di hari akhirat. (hadith riwayat Abu Daud)

Sunday 22 January 2012

cinta terhadap ALLAH SWT yang Esa





Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”

Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”

Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.”

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima:
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

Thursday 19 January 2012

Iman Mutiara Hidup

Iman boleh bertambah, berkurang

  • Iman akan bertambah atau berkurang mengikut AMALAN yang dilakukan oleh seseorang. Ini adalah pendapat Ahli Sunnah Wajamaah.
  • Mempelajari dan menambahkan ilmu dapat meningkatkan keimanan.
  • Antara amalan yang boleh meningkatkan iman termasuklah berzikir, membaca Al-Quran, berqiamullail dan memperbanyak amalan sunat.
Ciri-ciri orang yang bertambah iman
  • Berilmu pengetahuan: dapat mengenali Allah dan rasul-Nya.
  • Banyak melakukan IBADAT-IBADAT SUNAT: ini dapat melembutkan hati dan menanam perasaan cinta kepada Allah dan rasul.
  • Berfikir tentang kebesaran Allah dengan melazimi zikir kepada-Nya.
Kemanisan Iman
  • Kemanisan iman: iaitu berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan ke-redaan Allah dan rasul-Nya, serta mengutamakan Allah dan rasul dari segala-galanya.
  • Kemanisan iman dapat dicapai melalui perkara yang berikut:
  • cinta kepada Allah SWT dan rasul-Nya;
  • mengasihi sesama menusia kerana Allah;
  • benci kepada kekufuran sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka.

  • Orang yang mendapat kemanisan iman dapat memelihara dirinya daripada kemaksiatan kepada ALLAH SWT serta menjauhkan diri daripada tipu daya dunia.








Tuesday 10 January 2012

WASIAT IMAM SYAFIE by Dr. Jaffry Hassan

 
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA: HAK KEPADA KUBUR


Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR


Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan menasihati.

KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMALAN PADA HARI AKHIRAT
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat. Warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (MALAIKAT PENJAGA NERAKA)

Iaitu; Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta waktu sembunyi dan memperelokkan akhlak.

KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu: Berasa redha kepada qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Iaitu: Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada Al-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan.

KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu: Mengajak kearah kebaikan, mencegah manusia dari keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Semoga kita dapat beramal dengan wasiat-wasiat Imam Syafie yang sangat berguna tersebut. Amin Ya Rabbal Alamin.