Friday 30 December 2011

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK




Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya

ENAM KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu. Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Para Sahabat, Rakan, Mahabbah dan Keluarga semua, marilah kita jadikan hari Jumaat untuk lebih bersemangat berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi SAW ada menyebut barangsiapa yang banyak beristigfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya. Maka marilah sama-2 kita melakukannya untuk merebut peluang masa di depan kita berbanding kita menyesali masa yang telah meninggalkan kita.

~ Amin Ya Robbal Al Amin ~

Monday 26 December 2011

RAHSIA WAJAH BERSERI




Tipsnya Senang Sahaja .

Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal - Mahal Pun :)

~ Bangun awal pagi untuk solat subuh . Air wuduk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit .

~ Menunaikan solat zohor di tengah hari . Air wuduk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata .

~ Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang . Air wuduk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang .

~ Tidak berlengah untuk solat maghrib . Air wuduk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut .

~ Sentiasa ingat solat Isya' di waktu malam . Air wuduk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran .

~ Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T .
Tapi , Sayang . Masih Ramai Belum Menyedarinya

Sunday 18 December 2011

Rahsia solat




1. Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
7. Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
8. Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10. Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
11. Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.

Saturday 17 December 2011

TUDUNG DAN LABUHKANLAH HINGGA KE DADA


"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang mukmin. Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang.
[Al-Ahzab : 59]

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklan mereka MENUTUP KAIN TUDUNG KE DADANYA.."
[Ayat Al-Quran Surah An-Nur: 31]

Wednesday 14 December 2011

Kunci Rezeki

1. Membaca SURAH AL-WAQIAH
- Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).

- Sabda Rasulullah SAW:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

2. Membaca Surah Al-Ikhlas:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، اللَّهُ الصَّمَدُ ، لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يُولَـدْ ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.”

- Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran daripada ahli rumahnya dan jirannya. (Daripada Jarir bin Abdullah: Kanzu al-‘Ummal, Mu‘jam al-Tabarani; daripada Ibn Mas‘ud: Mujma‘ al-Zawaid)


selain dari mengamalkan membaca surah diatas . anda boleh mengamalkan membaca surah al-insyirah dalam solat waktu untuk dimurahkan, dilimpahkan rezeki dari Allah swt dan terhindar dari miskin dan musibah . dan ayat ini saya sendiri jadikan amalan .. surah al-insyirah ni mulanya ayat dengan alam nash ro laka sod drok

Saturday 10 December 2011

IBADAH YANG AFDHAL

Ibadah yang afdhal ialah ibadah yang dilakukan bagi tujuan mencapai keredhaan Allah swt menurut keadaan di masa itu, misalnya:

a) Ibadah yang afdhal ketika medan jihad ialah berjihad.
b) Ibadah yang afdhal ketika ada tetamu ialah melayan tetamu.
c) Ibadah yang afdhal ketika tengah malam ialah solat sunat tahajjud, tilawatul Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar.
d) Ibadah yang afdhal ketika azan ialah menjawab azan.
e) Ibadah yang afdhal ketika kesusahan ialah menolong orang-orang yang ditimpa kesusahan.
f) Ibadah yang afdhal ketika di Arafah ialah berdoa, berzikir dan tilawatul Quran
g) Ibadah yang afdhal ketika ada orang sakit ialah menziarahi pesakit.

Thursday 8 December 2011

Rasulullah s.a.w bersabda

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”
Baihaqi

Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim yang sebenar.

ii) Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk
berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada Allah.
iii) Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin, jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya
akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

Tuesday 6 December 2011

6 PERKARA ALLAH SWT SEMBUNYIKAN

                                              


  • Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

  • Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 
  • Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" 
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
  • Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."
  • Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... 
  • Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

  • Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam 
  • Sebagai renungan untuk Rakan-rakan. 


“Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah…” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a’lamin…“

Sunday 4 December 2011

Antara Peristiwa BESAR pada 10 Muharram

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

17 macam dosa besar yg terletak pada badan kita

"katakanlah : Hai hamba-hambaKu yg melampaui batas terhadap diri meraka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia_lah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang". ( QS.Az Zumar :53 )

Empat macam terletak dalam hati, iaitu :

1. Menyekutukan sesuatu dg Allah Ta'ala.
2. Terus mengekalkan perbuatan ma'siat/kemungkaran.
3. Putus asa dari rahmat Allah.Swt.
4. Merasa aman dari rencana siksa Allah Ta'ala.

Empat macam terletak lagi terletak di lisan/lidah, iaitu :

1. Penyaksian dusta dan bathil.
2. Menuduh seorang yg Muhshan ( tidak berzina ) di tuduh berzina.
3. Melakukan perbuatan sihir.
4. Sumpah palsu yakni sumpah yg berupa membenarkan sesuatu yg sebenarnya
bahtil & menyalahkan sesuatu yang sebenarnya haq.

Tiga macam terletak dalam perut, iaitu :
1. Minum - minuman keras ( yang memabukkan ).
2. Makan harta anak yatim secara penganiayaan.
3. Makan harta riba,sedangkan ia sendiri mengetahuinya.

Dua macam terletak pada kemaluan, iaitu :

1. Zina ( bersetubuh antar lelaki perempuan tanpa pernikahan ).
2. Liwath ( bersetubuh antara dua jenis kelamin yg sama ).

Dua macam dalam kedua tangan, iaitu :

1. Membunuh yang tanpa hak menurut syari'at islam.
2. Mencuri atau pun korupsi (mencuri uang rakyat/negara ).

Satu macam pada kedua kaki, iaitu :

1. Melarikan diri dari medan perang,yaitu jika seorang muslim menghadapi dua
orang kafir,atau sepuluh orang muslim menghadapi dua puluh orang kafir.

Satu macam lagi terletak diselruh badan, iaitu :

1. Berani/durhaka terhadap kedua orang tua & orang-orang tua yang
mengajarkan kita.