Friday 29 July 2011

Korek Hidung Ketika Berpuasa

Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga?

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan.
Dalam hadis Laqit bin Shabirah: Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa. Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

Adakah Telan Air Liur Membatalkan Puasa?

Adakah jumhur ulama mengatakan batal puasa menelan air liur? Apakah yang dimaksudkan dengan air liur di antara bibir? Adakah kedudukannya di celah bibir atau macam mana. Air liur yang diludah akan tertarik balik dan berkeadaan diantara bibir, pasti ianya akan masuk balik..
Bagaimana pula  dengan hingus atau kahak? Air liur/ kahak / hingus yang diludah, biasanya akan masuk ke dalam hidung dalam bentuk renjisan. Apa perlu kita buat?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Syarak telah menetapkan hukum makan dan minum pada ketika puasa adalah dilarang. Maka perbuatan sengaja menelan apa-apa benda luaran juga tidak dibenarkan. Tetapi tidak perlu dibangkitkan permasalahan-permasalahan seperti air liur atas bibir jika masuk ke dalam balik, renjisan hingus masuk hidung balik, kerana perkara-perkara ini tidak diperincikan oleh syarak.


Sebab-Sebabnya:
- Apa-apa yang syarak senyap tentangnya, maka ia adalah kemaafan.
- Perkara-perkara tersebut jika hendak dijaga, pasti memabawa masyaqqah. Contohnya, jika berkumur ketika puasa, sudah pasti lebihan air kumuran akan tertinggal dalam mulut, akhirnya boleh jadi masuk dalam rongga. Ini adalah masyaqqah yang dimaafkan.
- Menimbulkan persoalan ini akan membawa kepada penyakit was-was.

Wallahu A’lam

Thursday 28 July 2011

SELAMAT PAGI IMAN



Apa khabar IMAN ku hari ini??
“Apa khabar iman ku hari ini….

Apakah dikau masih sanggup dalam dakwah ini?”,,
Duhai Jiwa yang ku tempati,

Aku ingin berbicara…….
Bagaimana jika hati ku berpenghuni najis yang memuakkan dan busuk bila dipandang,
Untung saja mereka hanya hidup dalam 3,4,5 dimensi saja.

Bersyukurlah aku ini…
Bagaimana jika sebentuk tubuh ini tak satu mili pun ada keharuman,
Kalau orang tak ada yang tahan bau busuk,

Matilah aku di tangan malu…
Bagaimana jika aku tidak sengaja menyebutnya “dosa”
Kalau sebernarnya memang seperti itu,

Duhai Allah yang ku cintai,
Terkadang maaf menjadi senjata bagiku memohon ampun,
dan Engkau sedang tertawakan aku ya Rabb,,
bagaimana tidak,baru bertaubat lalu berbuat dosa kemudian meminta maaf.,,

Astagfirullahaladzim…Engkau tidak begitu.
Jika aku bisa menggenggam air dan melangkah satu meter saja di atas genangan,
Masih bisakah aku menawar dosaku ya Allah……

Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik ".

Wednesday 27 July 2011

KAJIAN SAINS DAN ILMU MODEN BERKENAAN KELEBIHAN BERPUASA

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

Ayat 1000 Dinar Murahkan Rezeki Seseorang

Sesiapa yang mewiridkan ayat 1000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Amalan membaca ayat ini selepas menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sebagai usaha untuk memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan rezeki kepadanya.

Ayat ini dipetik dari Surah At-Tholaq [65:3] yang bermaksud:

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Ayat ini daripada Rijalu'Ighaib, diberikan kepada seorang lelaki di tengah lautan dengan hadiah 1000 dinar.

Siapa yang mewiridkan membacanya setiap kali sesudah menunaikan Solat Fardhu 5 waktu, nescaya Allah murahkan rezekinya dan ia bakal mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Barangsiapa membaca ayat ini sesudah menunaikan Solat Fardhu dengan bilangan ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 dan seterusnya, nescaya akan ditolak kesulitan yang dihadapinya.

Malah Allah s.w.t akan melapangkan urusannya dan pengamalnya berasa tenang. Pergaulan seharian serta pekerjaan juga menjadi mudah.


DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA


Ya Allah, 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka, 
Perindahlah ucapanku di depan mereka. 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
jadikanlah itu semua Penyebab rontoknya dosa-dosa mereka,
Meningginya kedudukan mereka dan
Bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan
perkenan-Mu, ya Allah sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan
dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
Maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah
yang memiliki Karunia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara semua pengasih.

Tuesday 26 July 2011

BALASAN AZAB DARI ALLAH

Memperingati manusia yang kadangkala terlupa bahawa setiap perbuatan  didunia mempunyai balasan serta azab yang amat menyakitkan. Renung-renungkan dan selamat beramal.

1.  Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu 

2.  Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga 

3.  Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar 

4.  Mengumpat peribadi orang - gunting neraka sedang diasah 

5.  Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri-duri menanti anda di taman neraka 

6.  Tidak menjaga pergaulan -Libasan api neraka dijanjikan 

7.  Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu.. 

8.  Menyakiti hati orang dengan lisan- Masuklah mana-mana pintu neraka 

9. Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka 

10. Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang.

Sunday 24 July 2011

Saiyidina Ali ra telah meriwayatkan daripada Rasulullah saw ; apabila baginda ditanya oleh sahabat-sahabatnya mengenai kelebihan sembahyang Terawih di malam-malam bulan Ramadan


Berikut adalah kelebihan-kelebihan sembahyang Terawih itu mengikut malam-malam ia dikerjakan:




  • MALAM PERTAMA- Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
  • MALAM KEDUA- Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan sembahyang Terawih berserta dengan dosa-dosa kedua ibu bapanya.
  • MALAM KETIGA- Malaikat di bawah Arash berseru supaya orang-orang yang mengerjakan sembahayang Terawih itu meneruskan sembahyangnya pada malam-malam yang lain dan semoga Allah akan menga,punkan dosa-dosa mereka.
  • MALAM KEEMPAT- Orang-orang yang mengerjakan sembahyang Terawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • MALAM KELIMA- Allah SWT akan mengurniakan pahala sempurna pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
  • MALAM KEENAM- Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahal seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan oang-orang yang mengerjakan sembahyang Terawih pada malam itu.
  • MALAM KETUJUH- Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa as serta menolong nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman.
  • MALAM KELAPAN- Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersembahyang Terawih sebagaimana yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim as.
  • MALAM KESEMBILAN- Allah SWT akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.
  • MALAM KESEPULUH- Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
  • MALAM KESEBELAS- Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seumpama baru dilahirkan.
  • MALAM KEDUA BELAS- Ia akan membangkitkan pada hari Kiamat dengan muka yang bercahaya.
  • MALAM KETIGA BELAS- Ia akan datang pada hari Kiamat di dalam keadaan amana sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukkan.
  • MALAM KEEMPAT BELAS- Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersembahyang Terawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.
  • MALAM KELIMA BELAS- Semua malaikat yang memikul Arasy dan kursi akan bersalawat dan mendoakan  supaya Allah mengampunkannya.
  • MALAM KEENAM BELAS- Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • MALAM KETUJUH BELAS- Allah SWT menuliskan beginya pahala pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.
  • MALAM KELAPAN BELAS- Malaikat akan meyerru; wahai hamba Allah sesungguhnya Allah reda denganmu dan dengan kedua ibu bapa engkau ( yang masih hidup ayau sudah mati )
  • MALAM KESEMBILAN BELAS- Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga FIRDAUS.
  • MALAM KEDUA PULUH- Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
  • MALAM KEDUA PULUH SATU- Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
  • MALAM KEDUA PULUH DUA- Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang kekalutan pada hari tersebut.
  • MALAM KEDUA PULUH TIGA- Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
  • MALAM KEDUA PULUH EMPAT- Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh empat doa yang makbul pada hari itu.
  • MALAM KEDUA PULUH LIMA- Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.
  • MALAM KEDUA PULUH ENAM- Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang Terawih pada malam tersebut.
  • MALAM KEDUA PULUH TUJUH- Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titisan sirat sepantas kilat.
  • MALAM KEDUA PULUH LAPAN- Allah SWT akan menaikkan seribu darjat di akhirat.
  • MALAM KEDUA PULUH SEMBILAN- Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang makbur.
  • MALAM KETIGA PULUH- Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir dengan firman-Nya:
'' Wahai hamba-Ku makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama SALSABIL serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad Saw yang bernama al-Kausar.''

    Sunday 17 July 2011

    Nothings gonna change my love for you



    If I had to live my life without you near me
    The days would all be empty
    The nights would seem so long
    With you I see forever oh, so clearly
    I might have been in love before
    But it never felt this strong

    Our dreams are young and we both know
    They'll take us where we want to go
    Hold me now, touch me now
    I don't want to live without you.

    Chorus 1
    Nothing's gonna change my love for you
    You oughta know by now how much I love you
    One thing you can be sure of
    I'll never ask for more than your love.

    Chorus 2
    Nothing's gonna change my love for you
    You ought to know by now how much I love you
    The world may change my whole life through but nothing's gonna change my
    love for you.

    If the road ahead is not so easy
    Our love will lead the way for us like a guiding star
    I'll be there for you if you should need me
    You don't have to change a thing
    I love you just the way you are.

    So come with me and share this view
    I'll help you see forever too
    Hold me now, touch me now
    I don't want to live without you.

    Chorus 1, Chorus2, and Chorus 1 again

    INSTRUMENTAL

    Chorus 2, Chorus 1, and Chorus 2 again

    Saturday 16 July 2011

    Israk Mikraj



    Pada tengah malam yang hening dan sunyi 
    sewaktu nabi sedang tidur di rumah Umm hani
    baginda terbangun oleh suara panggilan misteri
    dihadapannya berdiri malaikat Jibril putih berseri,


    Israk mikraj mukjizat besar 621 masehi
    27 rejab tahun ke 11 kerasulan Nabi
    sudah puas baginda berdakwah tak henti-henti
    memang keras musyrikin Mekah menolak hakiki.


    Maha Suci Allah menjalankan hambaNya di malam hari
    dari Mekah ke Masjid jauh sekitarnya diberkati
    agar diperlihatkan segala tanda kebesaran ilahi
    sesungguhnya Allah maha mendengar maha mengetahui


    Kisah bermula di Masjidil Haram naungan ka'abah
    nabi dibawa ke telaga zam-zam untuk dibedah
    hati baginda luar dalam dipenuhi hikmah
    Jibrail mengurus dari awal hinggalah sudah


    Kemudian pula, datang buraq haiwan istimewa
    membongkok badannya, hormat baginda taat setia 
    warnanya putih telinga sayapnya dua 
    meluncur laju kawasan sahara arah utara


    Dalam perjalanan baginda diperlihatkan jenis balasan 
    satu persatu demi menjadi teladan pengajaran 
    orang berjihad menanam mengetam satu hari berbuah lagi 
    tujuh ratus ganda pahala ganjaran kurnia ilahi


    Orang beriman tegur taat sepanjang hayat
    ilmu amal berbuat baik suka ibadat
    baginda mencium harum mewangi Masyitah
    tukang hias anak Fir'aun dalam sejarah.


    Meninggalkan solat hukumnya kepala dihentam batu
    bakhil berzakat telanjang bogel memakan kayu 
    orang berjalang memakan daging mentah busuk
    makan ribak sungai darah berenang hanyut


    Gagal amanah mengumpul kayu 
    memotong lidah bibir mulutnya kempen palsu
    mengumpat mencela kuku tembaga mencakar muka dan dada
    perompak penyamun hidup mencakar sesiapa saja


    Makan harta anak yatim makan api terus ke dubur
    wanita curang menanggung dosa azab buah dadanya
    segeralah bertaubat minta ampun Rabbun Ngafur
    agar hidup penuh hidayah menuju syurga


    Semasa Israk baginda berhenti di beberapa tempat
    baginda sempat mendirikan solat dua rakaat
    mula pertama Madinah bercahaya makam ayahanda
    di suatu tempat bernama Abwak makam bonda


    Sepanjang perjalanan baginda ditemani oleh malaikat
    berhenti sejenak di Gunung Sinai begitu hebat
    tempat sejarah Nabi Musa menemui hadhrat
    Allah berbicara kalam suci kalam mukjizat


    Selepas itu buraq berhenti di Baitul Laham 
    tempat lahir Nabi Isa'alaihis salam
    dan buraq meluncur laju lagi ketenangan malam 
    suara ajaib menggoda Nabi membatalkan azam


    Akhirnya, baginda sampai di Baitul Maqdis
    itulah pertanda Israk dunia penghujung garis
    Nabi mengikat kenderaan haiwannya sayang terlukis
    namun misinya belum selesai belum habis


    Rasul solat bersama para nabi terdahulu 
    sebagai imam kepada Ibrahim, Musa dan Isa
    mohon redha hidayah Allah yang syahdu
    banyak persoalan bagaimana mikraj akan bermula


    di bawa tangga dipancang atas batu Ya'qut
    naiklah nabi penuh iman rasa ta'jub
    begitu cepat naik ke langit tak sampai merasa takut
    di langit pertamaNabi Adam sudah pun sedia menyambut


    Begitu halnya pertemuan baginda satu persatu
    di langit kedua Nabi Isa Nabi Yahya saudara sepupu
    di langit ketiga Nabi Yusof sabar menunggu
    di langit keempat Nabi Idris dengan baik mendoakan daku'


    Tersebut riwayat di langit ke lima baginda bertemu Nabi Harun
    lamgit keenam Nabi Musa langit ketujuh Nabi Ibrahim
    kemudian sampai di Sidratulmuntaha antara buah dan daun
    baginda menunggu turunnya wahyu siratal mustaqim


    Goresan Qalam jelas kenderaan di telinga Nabi 
    di kanan Arasy baginda menunggu hadrat ilahi 
    terasa sesuatu pada diri dengan ketenangan yang abadi 
    maka turunlah wahyu sembahyang 50 waktu dalam sehari


    Setelah bertemu Nabi Musa, lima puluh jadi lima
    belas kasih Tuhan Yang Esa, pahalanya tetap sama
    perintah Allah diterima baik dapat bersemuka dengan kekasihNya
    istimewa buat Nabi al-Amin al-Mukhtar al-Mustafa yang mulia


    Hiduplah syariah !
    Hidup sunnnah !
    Dari Allah kepada Rasulullah


    Dirikan Solat !
    Pohonkan rahmat !
    Dari Allah kerana Allah !


    WASALAM..

    Cara-Cara Untuk Orang Bercinta

     
    1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

    2. Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

    3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

    4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.

    5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

    6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

    7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

    8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

    9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

    10 Perkara Yang Wanita Benci Terhadap Lelaki

     
    Kebanyakan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Kita teliti beberapa perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran orang lelaki:

    1. Panas baran
    Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa. Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

    2. Mengongkong
    Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

    3. Ego
    Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

    4. Suka ‘cuci mata’

    Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki memandang wanita lain.

    5. Main Kayu Tiga
    Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tetapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

    6. Tidak Sensitif Perasaan Wanita
    Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

    7. Pentingkan Kawan-Kawan

    Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal. Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

    8. Tidak Tahu Menghargai
    Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

    9. Meninggikan Suara
    Gemar meninggikan suara sekadar menunjukkan ego. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

    10. Penipu
    Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

    Cara Untuk Memutuskan Hubungan Cinta Dengan Si Dia

     

    1. Jangan Ragu-Ragu
    Ketika menyampaikan tujuan perpisahaan, sebaiknya anda mesti yakin dan tidak menunjukkan perasaan ragu-ragu kerana si dia akan beranggapan ada sesuatu yang disembunyikan atau dia akan beranggapan ada pihak ketiga atau kekasih lain. Kadang-kadang ada pasangan yang tidak dapat menerima perpisahan itu. Sekalipun itu akan menyakitkan tetapi lebih baik daripada anda berpura-pura. Memang benar untuk memberitahunya sukar sekali, tetapi ia perlu disampaikan atau diberitahu sekiranya anda benar-benar ingin berpisah.

    2. Berikan Dia Kesempatan Bertanya
    Jangan terlalu emosi. Berilah dia kesempatan untuk bertanya apa salah dia terhadap anda, dan anda juga harus menjawabnya dengan jujur. Jangan pula menghindarinya kerana itu akan menyakitinya. Anda ingat bahawa tidak perlu mengucapkan atau mengeluarkan kata-kata yang akan menyakiti hatinya.

    3. Jangan Berubah Fikiran
    Ketika melihat si dia menangis atau merayu,  jangan sekali-kali berubah fikiran kerana hubungan yang berdasarkan atas belas-kasihan atau simpati akan membuat anda dalam keadaan serba salah. Jika memang benar anda tidak boleh atau tidak mungkin bersatu kembali, bulatkan hati dan jangan berubah fikiran kerana simpati.

    Selamat Tinggal Kekasih Ku  ……

    Cara Untuk Memikat Kembali Orang Yang Anda Pernah Cinta


    Fikir dan Bertindak - Tanyakan dahulu macam mana kehidupan dia sekarang. Adakah dia lebih bahagia bila kehilangan anda ataupun dia sudah  punyai kekasih hati yang lain.

    Jangan Menagih Simpati - Jangan gelabah. Buat seperti biasa dan jangan terlalu tunjukkan perasaan kesian terhadapnya.  Jangan sesekali merayu padanya.

    Ambil Perhatian - Tunjukkan yang anda sayangkan dia. Ambil kisah dengan apa yang dia lakukan, tetapi biarlah bersempadan. Jangan lebih-lebih.  

    Adakan Temujanji - Ajak dia keluar seperti pergi makan bersama, tenguk wayang atau lain-lain. Pastikan tempat perjumpaan anda itu mestilah tempat yang selalu anda dan dia berjumpa. Biarkan dia ingat kembali kisah lama.

    Biarkan Dia Rindu - Lakukan perkara yang akan membuatkan dia rindu kembali pada anda. Perkara yang akan buat dia sentiasa ingat pada anda.

    Friday 15 July 2011

    Petua Untuk Luahkan Rasa Cinta

    Ungkapkan cinta dengan sesuatu - Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

    Ungkapkan cinta secara langsung - Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

    Kenali si dia dengan baik - Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.

    Siapkan Mental  - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.

    Berdoa sebelum mengungkapkan cinta - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

    Pemberi Rezeki


    Allah s.w.t. yang mempunyai nama “Ar-Razak” pemberi rezeki yang maha luas menjanjikan kemudahan dalam menghadapi situasi hidup ini. Allah jualah yang mencipta seribu jalan keluar pada tiap permasalahan walau dipandang besar oleh manusia. Syaratnya manusia itu perlu mensucikan Allah s.w.t. dari segala sekutu dan kepercayaan. Inilah pintu kejayaan yang sudah ada jaminan daripada Allah.Tanpa takwa, peniagaan bagaikan kapal tanpa arah tujunya.Manusia yang tidak bertakwa sangat rendah kekuatan peribadinya,mudah mengalah dengan tekanan. Akhirnya perniagaan akan runtuh satu persatu. Ini sangat berbeza dengan mereka yang bertakwa. Peribadinya kuat dan yakin dengan Allah.Tidak mudah berputus asa serta memiliki motivasi dari dalam diri.Orang yang bertakwa melihat jatuh bangun perniagaan sebagai ujian daripada Allah dan akan diganjari pahala.Waktu diberikan kejayaan dia akan bersyukur dan di waktu kegawatan dia akan bersabar.Ini sangat berbeza dengan orang yang tidak ada takwa. Bila senang mereka lupakan Allah dan apabila susah mereka putus asa. Inilah kayu ukur untuk bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu perniagaan. Andaikata kita telah pun bergelar jutawan, itupun masih tidak layak untuk diagung-agungkan seperti anda melihat lukisan yang sangat cantik. Sudah tentu puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t., Tuhan sekelian alam yang telah mencipta pelukis tersebut.